Tuesday, February 14, 2012

Gambar-Gambar Lucu Kucing

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

kucing oh kucing... 
siapa yang minat bela kucing angkat kaki... hikhik
ada beberapa keping gambar kucing yg aku cari kat google..
tgk kat bawah yupp...
fun cat  These cats really know how to have fun
kucing bergusti ngan anjing...
fun cat 2 These cats really know how to have fun
kucing bawak motor kawasaki tuuuu.....
eat eat eat These cats really know how to have fun
baik kau makan semua nya... makan nie xsedap.. 
fun cat 4 These cats really know how to have fun
satu2 nya kicing yang suka mandi...
fun cat 5 These cats really know how to have fun
latihan sebelum masuk olimpik..100 meter...
fun cat 6 These cats really know how to have fun
tomoi kucing...
fun cat 7 These cats really know how to have fun
kucing penyelamat  terbikai daripada lemas...
fun cat 8 These cats really know how to have fun
utk suntikan bius sblm cabut gigi
fun cat 9 These cats really know how to have fun
we always together
fun cat 3 These cats really know how to have fun

cepat sikit jalan... aku dah lambat nie..

Thursday, December 15, 2011

i told you not to let it hit my CAR!!!! cara coach bahrain train goalkeeper...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

kalaulah rajagopal dan ong kim swee train apek macam nie... memang wow!!! lah...
hahaha
go malaysia go!!!

Kereta polis yang TERBAIK dari seluruh DUNIA!!

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Sekarang semua manusia kat muka bumi nie nak pakai kereta laju2 semua... takkan polis nak ketinggalan jugak kan... nanti penjenanyah entah kemana... polis pulak makan asap kat belakang... dibawah adalah jenis2 kereta polis yang tinggi kuasakuda dan ada gaya...!!

 Lamborghini Gallardo

 Lamborghini Gallardo Itali
italylamborghinigallard Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Italy : lamborghini Gallardo
 Lamborghini Gallardo Afrika Selatan
saudiarabialamborghinig Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
South Africa Lamborghini Gallardo
Lamborghini Gallardo United Kingdom
uklamborghinigallardo03 Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
UK: Lamborghini Gallardo
Ketiga-tiga negara mempunyai kereta yang sama bezanya mungkin hanya pada warna. NEgara mana punya kereta paling buruk warna dia? Kereta ini dikuasakan dengan 5 liter V10 dan 500hp mampu untuk pergi dengan kelajuan maksimum 190mph.

Porche 911

 Porche 911 Austria
austriaporsche911 Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Austria Porche 911
 Porche 911 Jerman
germanyporsche911carrer Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Germany Porche 911
Porche 911 Romania
Romanian Porche 911
Porche 911 ini dilengkapi dengan 6 cylinder engine dan 500hp dan mampu untuk pergi dengan kelajuan maksimum 177-186 mph.

 Carbon Motors E7 – USA

a96942a58312carbon Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Corbon Motors E7 USA
Kereta ini dikuasakan dengan 300hp dan mempunyai banyak teknologi tinggi yang maju cantohnya pengesan no plat. Tetapi ianya masih dalah prototaip dan dijangka akan mula beraksi pada 2012.

 Dodge Magnum – USA

usadodgemagnum01 Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Dodge magnum USA
Kereta peronda ini dimiliki oleh Polis USA dari Michigan yang mahu menjadikan polis mereka lebih bergaya. Tiada info berkenaan kemampuan kereta ini mungkin kerena tak nak bagi penjenayah tahu kot.

 Corvette c6 – USA

usacorvettec5 Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
coolllll giler... siap ada api api lagi.. haha
Corvette C6

Hummer H2 – USA

a96942a58313hummer Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Hummer H2 USA
Untuk kegunaan syerif-syerif di Texas. penuh gaya, penuh kuasa hahaha. Dikuasakan dengan 7.0L supercharged V8 dan juga 700 hp. mmg nampak kejantanan la pakai hummer ni...
Brabus CLS v12S – Jerman
germanybrabus01 Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Brabus Rocket Jerman
Dengan kuasa  730hp dari  twin-turbo V12 kereta ini mampu pergi dengan kelajuan maksima 225.19mph. Dan kononnya merupakan kereta sedan yang paling laju sekali.

mini Cooper – Jerman

a96942a5833germanmini Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Mini cooper jerman
klu diikutkan kepada kelajuan... mesti xlah dikelaskan kereta super.. dengan kuasa kuda jauh lebih rendah dari kereta sport yang lain.. tapi ia sgt sesuai utk polis jerman.. sbb cool... hakhak

Caparo T1 RRV – United Kingdom

a96942a5836caparo Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Caparo T1 RRV UK
Dengan kuasa 575hp at 10,500 rpm daripada 3.5L V8 engine kereta ini mampu unutk pergi dengan kelajuan maksimum 200mph. kalau excdent compem jual besi buruk nie..

Mitsubishi Lancer Evolution 10 – Malaysia

sspolis Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia
Mitsubishi Lancer evo 10 - Malaysia
malaysia pun xkurang hebat tau!!! thun 2009 PDRM tlh membeli 10 buah evo utk dijadikan kereta peronda di lebuhraya...... aku pun penah follow kereta nie... 170km/j slamber jer... xde masalah ... seperti sdg ronda2 kat bandar jer dibuatnya... haha..

Monday, December 12, 2011

Kenapa Aku Mesti Pergi PLKN!!! ARRGGHHH.....

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Nie ksah aku mse mula2 dapat tahu kne g plkn ...
walaupun dah lme 3-4 tahun lepas aku g plkn nie...
kenangan tetap dihati...
sampai bila2...

hari 1st aku dapat thu terpilih menjadi pelatih plkn

mula2 maki hamun la... rse malas sgt nk g nie...
mse tuh mikir membazir je g... wat rugi ke mase jer...
x gune sepatah haramm pon klu g plkn...

tpi terpaksa gak g sbb tkut kne tindakan dari kerajaan....
kan susah pulak makbapak aku... nak tggung kesalahan aku bt...

tibalah hari aku kne pergitak silap aku 20/12/2008.. aku pun dah lupe...
hikhik...
mak ayah aku hantar aku kat perhentian bas geliga...
mese tuh tuhan jer tahu.... malas.. xnk g. nak lari.. xmo tggl keluarga... xnak naik bas... 
tapi aku merelakan hati aku gak utk g.... xsangka.. ramai gak kawan2 aku kenal yang trut serta.. hikhik..
dalam hati.. padam muke.. kne g gak., 
termasuklah aku...

sblum naikk... salam tangan makayah aku dan fmily aku... sambil airmata pecah dari takungan...
termasuk la diorang sekali... masa bas nak bertola... tgok fmily aku kat bawah melambai...
fuuhhh... sedey ...
tapiberlagak cool lah... hikhik..
sambil ayah aku tepon mase nak gerak tu..

7-8 jam jugak la nak sampai PLKN MANTIN,N9 nie.. jauh woo....
sakit punggung aku...
lam kul 5 petang sampai... tgok2 ramai gak dah sampai... 
banyak puak2 dari n9,KL, selangor<melaka...(kelantan sampai malam... jauhkan... )

dah sampai kne daftar pulak... spotchek la... mcm2 die buat... 
aku dpt kompeni BRAVO!!! cayalah!!!! TERBAIKKK!!!!
ramai gak budak ganu lam ni... nazrin,amir,dan banyak ag lah... (xkan nak sebit semua kan...)


amacam... ?? mcm mana org kat atas nie...
kacak bergaya x?? hihik...
ni uniform kat sane..

pd sape2 ckp membazir g plkn nie.. 
ANDA KNE PERBETULKAN TANGGAPAN ANDA!!!!!
sbb ternyata anda tidak membazir masa dan wang ringgit!!!(bukan kne bayar pun masuk cnie... siap dapat elaun lagi..)
plkn padat dengan program2 yang dpt meningkatkan kualiti , gaya hidup, sikap,personaliti ,cara pemikiran dan banyak lagi ttg kita ....

disini juga aku dapat 1st kawan cina... stepfenie.. dia nie seorang happy gudlucky la...
dia tgor aku... aku nie jenis lambang bergaul... dia panggil aku BRO!! aku marah dia... 
aku ckp aku bukan ABANG KAU!!!xpayah panggil bro kat aku...
dia pun ckp.. apasalahnyer... die still dgn pggil BRo kat aku... tapi dia antara befren aku kat sana,,,
kuar g mane2 ngan dia la...makan kepok la.. zafirah,siva ,ayo,acap(asraf),lisa,fyka...
kira yag nie la paling kamcing... lam kelas atau aktvti lain ke... 

cikgu TErbaiK...cg jelly... mmg spoting la.... sampai skrang aku xleh lupa kat dia nie.. byk membantu aku... bg aku fositive thinking..  cg len pon xda kurangnya,,,, sama bagus..


ada macam REMBO x??
hikhik...(nak rembo macam mana.. debab jer.. hikhik..)

aku tggu sgt activiti nie... apalagi.. menembak la... guna M16!!!!
bukan senang.... walaupun xleh gelaran raja shoot... tapi markah aku 86point ok... ok la tu.. dari 100point... excited ngat nak pegang benda alah nie.. mmg terbaik la... (xde ke jual kat pasar malam.. nak beli satu)

activi banyak sgt... kayak, wira jaya, kawat,futsal,yang manjat2 tu.. (xigt ape name dia),bnyak lagilah.... 


ada nampak x aku tuh!!!
kat anak panah tu... 
KSP(KEM SRI PERKASA mantin)

bnyk lgi nak kongsi... nie hanya sedikit ,,
ikutkan penuh gambar ngan aku... tapi external ade masalah ckit...
nati externak dah elok.. aku sambung.. letak gmbar geng2 plkn dulu...

sek2 poyo,kacak bergaya... cantik rupawan ade semua.. semua activiti ada kat dalam tu..
insyallah.. tnggu ok...

sebelum aku nak berhenti mengceloteh... 
video imbas kenangan ... lagu syok... 
bila disayangi 
dgr lagi nie compem igt geng plkn dulu.... 














Sistem Perlesenan Tenaga Pengajar Kemahiran

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
LATARBELAKANG

Kelayakan Kekompetenan Tenaga Pengajar kemahiran merupakan satu program baru yang diwujudkan dalam rancangan penstrukturan semula CIAST yang bertujuan memperakukan dan mengiktiraf tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seiring dengan pengiktirafan kelayakan kekompetenan pekerja mahir industri. Pengiktirafan Kelayakan Kekompetenan tenaga pengajar adalah dengan mengaplikasikan sistem penggredan berdasarkan tahap kekompetenan dimana faktor utama yang diambil kira adalah berasaskan kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia. 
Kelayakan Kekompetenan yang dianugerahkan kepada tenaga pengajar adalah merupakan syarat kepada Sistem Pelesenan Tenaga Pengajar. Ini bermakna setiap tenaga pengajar di Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran perlu memiliki Kelayakan Kekompetenan yang bertindak sebagai lesen untuk mengajar ataupun mengendalikan latihan kemahiran. 
Pihak Kementerian dan Jabatan telah bersetuju untuk memperkenalkan Sistem Pelesenan Tenaga Pengajar di mana setiap pengajar di Pusat Bertauliah JPK perlu memohon dan mendapatkan kelayakan kekompetenan. Memandangkan sistem ini baru diperkenalkan, maka Jabatan memberi tempoh peralihan selama satu (1) tahun untuk tenaga pengajar memohon dan mendapatkan lesen sebelum ianya dikuatkuasakan sepenuhnya. 

Bagi memantapkan pelaksanaan Sistem Jaminan Mutu di JPK, Jabatan telah juga memperkenalkan sistem pendaftaran sebagai Pakar Industri Negara (PIN) dan Kelayakan Kekompetenan (KK) Pekerja Mahir Negara yang merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja industri yang telah mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh tertentu untuk mewujudkan imej tersendiri sebagai trademark pekerja mahir negara.

IMPAK SISTEM PERLESENAN KEPADA TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN
• Melibatkan seluruh tenaga pengajar Institut Latihan Awam dan Swasta yang terlibat dengan Sistem Pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran yang meliputi 20 sektor industri. 
• Memantapkan serta menambahbaikan Sistem Jaminan Kualiti JPK yang melibatkan tiga elemen utama iaitu Pusat Bertauliah, Personel Penilaian dan Mekanisme Penilaian dan Pengesahan dimana Program Kelayakan Kekompetenan secara khususnya melibatkan elemen Personel Penilaian.
• Memperaku serta mengiktirafkan tenaga pengajar yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, pengajar perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru 
secara optimum serta menggunakan daya cipta dan inovasi secara berkesan. 
• Mempertingkatkan martabat dan imej pengajar kemahiran di Malaysia serta dapat memantau serta mengawal tahap kualiti pengajar di Pusat-pusat Bertauliah seiring dengan kemajuan teknologi yang sentiasa berubah.
• Sebagai pemangkin untuk menggalakkan setiap pengajar meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dari masa kesemasa.

TUJUAN
Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah untuk memastikan bahawa tenaga pengajar yang mengendalikan latihan kemahiran di pusat - pusat bertauliah awam dan swasta adalah merupakan tenaga pengajar yang benar - benar kompetenan. Ini bertujuan untuk mengelakkan keraguan pelanggan terhadap tahap ketrampilan yang dimiliki oleh tenaga pengajar tersebut. 
Dengan erti kata lain, kelayakan kekompetenan adalah untuk megiktiraf tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran dan profesionalisme dalam bidang yang diceburi serta mempelesenkan tenaga pengajar ini mengikut kategori gred kelayakan kekompetenan, berdasarkan syarat – syarat yang telah ditetapkan. 
TAKRIF KELAYAKAN KEKOMPETENAN (KK)
Kelayakan Kekompetenan adalah merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja industri dan tenaga pengajar yang telah mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh tertentu untuk mewujudkan imej tersendiri sebagai Trademark pekerja mahir negara. 
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memperakukan dan mengiktirafkan tenaga pengajar kemahiran yang memiliki kelayakan kekompetenan di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seiring dengan pengiktirafan kelayakan kekompetenan pekerja industri.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON KELAYAKAN KEKOMPETENAN TENAGA PENGAJAR?

Semua pegawai penilai di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta adalah layak dan perlu memohon untuk mendapatkan Kelayakan Kekompetenan mengikut gred kelayakan.

Kelayakan Kekompetenan Tenaga Pengajar Kemahiran
Gred 1 1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun;
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah(belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya SKM 2; 
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK;
ATAU 
Memperolehi sekurang-kurangnya Diploma Kecemerlangan dalam pertandingan 
MySkills / PKM / ASC / WSC
ATAU 
Mempunyai sekurang – kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja di industri; 
perlu mengemukakan bukti – bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh 
majikan seperti senarai tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU
Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 
Gred 2 1. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun;
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah (belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya SKM 3;
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK;
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya Gangsa (Bronze) dalam pertandingan MySkills
/PKM atau Diploma Kecemerlangan dalam ASC/WSC

ATAU
Mempunyai sekurang – kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja di industri; perlu 
mengemukakan bukti – bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh majikan seperti
senarai tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU
Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 
Gred 3 1. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun; 
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah (belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya DKM;
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK; 

ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya Perak (Silver) dalam Pertandingan MySkills /

PKM atau Diploma Kecemerlangan dalam ASC/WSC
ATAU
Mempunyai sekurang – kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di industri; perlu
mengemukakan– bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh majikan seperti senarai
tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU 

Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 

PERMOHONAN LESEN TENAGA PENGAJAR (KELAYAKAN KEKOMPETENAN) 

Tenaga Pengajar Kemahiran di Pusat Bertauliah adalah dikehendaki untuk memohon Lesen Tenaga Pengajar. Segala urusan untuk memperolehi lesen tersebut adalah diproses dan diuruskan oleh Program Kelayakan Kekompetenan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan maklumat berkaitan boleh dirujuk di laman web ciast: http://www.ciast.gov.my. 

PENGELUARAN LESEN TENAGA PENGAJAR 

Lesen akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada pengajar yang layak dalam bentuk kad Myskills (wallet card) 




Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Program Kelayakan Kekompetenan,
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia
Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19, 
40900 Shah Alam
Selangor 


Tel : 603 - 5543 8200 
Fax : 603 - 55411508
Email : info@ciast.gov.my
Website : www.ciast.gov.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...