Monday, July 25, 2011

Asam Laksa Makanan Ke-7 Terbaik Dunia!!, Akui CNN

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

KUALA LUMPUR – Masakan tempatan yang berasal dari Pulau Pinang, Asam Laksa telah terpilih sebagai salah satu daripada makanan terbaik di dunia.
Kaji selidik pemakanan yang dijalankan oleh CNN International mendapati, Asam Laksa tersenarai di tangga ke-7 dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.

Tersenarai dalam ruangan Guide to lifestyle, shopping, hotels and restaurants CNNGo, Asam Laksa Pulau Pinang ini akan menjadi lebih sedap apabila ditabur dengan halia ‘yang boleh mencairkan anda sebelum anda makan lagi.”
Menurut ruangan itu, ciri makanan tersebut sebagai ‘ikan kembung, asam jawa, cili merah, pudina, serai, bawang, nanas sup ikan masam pedas ketagihan dan mee yang direbus.’
Walau bagaimanapun, makanan tersebut adalah satu-satunya makanan Malaysia yang tersenarai walaupun Malaysia adalah antara negara yang dianggap sebagai negara yang mempunyai banyak makanan yang amat mengiurkan.
Thailand, menduduki tempat teratas carta tersebut dengan masakan kari yang mempunyai rasa kelapa dan manis dan ianya dianggap sebagai sesuatu yang lebih baik berbanding dengan pilihanraya negara tersebut.
Makanan lain Thailand yang turut tersenarai adalah tom yum goong (nombor 8), nam tok moo (nombor 19) dan som tam (nombor 46).
Asam Laksa Pulau Pinang, bagaimanapun, berjaya mengatasi makanan-makanan terkenal lain seperti Shepherd’s Pie dari Britain, French Croissant, Pho dari Vietnam dan Kebab Iran.
Singapura mendapat dua tempat iaitu Chili Crab (no 35) dan nasi ayam (no 45), walaupun kedua-dua makanan tersebut juga banyak dijual di restoran-restoran di Malaysia.
Antara makanan lain yang juga sering dinikmati oleh rakyat Malaysia seperti roti telur (Hong Kong), lasagna (Itali) dan rendang (Indonesia) juga termasuk dalam senarai tersebut.
Makanan pelik yang disenaraikan adalah tauhu busuk yang berada di tangga ke-41. Ianya disifatkan sebagai salah satu daripada ikon terhadap makanan di Asia Tenggara, sama seperti durian.
Bau yang dikeluarkan oleh tauhu tersebut amatlah kuat, hinggakan seseorang itu tidak dapat melupakan bau tersebut hingga berbulan lamanya.
“Adakah membuat makanan seperti itu sesuatu yang berbaloi? Sudah tentu,”tambah CNN

kredit to klik sini :

Sunday, July 24, 2011

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.



Rujukan:

Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.


info diambil dari info kesihatan

Thursday, July 21, 2011

WAJIB baCA!!!!! game2 yang menghina islam,!!! bersama2 menhindarinya....

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
 BANGUN LAH WAHAI KAWAN2 ku... yang syok bermain game....

 

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.






Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".




Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...


 Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying



Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.




Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina IslamPERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.3) Zack And Wiki



Luahan dari seorang gamer Wii:Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.









Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)



"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes



Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader



Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock





Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.a) Penghinaan SenyapMemang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.b) Zodiak VirgoJika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.Zodiak Virgo:


Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:


Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

UPDATED @ 5/3/2011
8) Resident Evil 4




Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

 Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut


 Screenshot dari gameplay Resident Evil 4




 Zoom pada pintu tersebut. 

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.



Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.




Perbezaan pintu dalam game dengan realiti


Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



kredit to Xlaw... aku juz copy ... 

Gangguan Internet TM Seluruh Negara Daripada 25 Hingga 31 Julai 2011

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Kini, Telekom Malaysia telah pun mengeluarkan jadual penyelengaraan mereka daripada tempoh 16 Julai hingga 31 Julai, dimana melaluinya beberapa kawasan akan mengalami gangguan penggunaan internet, serta pada tarikh antara 25 hingga 31 Julai yang akan melibatkan pelayaran internet seluruh negara.

Pada 25 hingga 31 Julai kelak, TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah. Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa latency yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, menurut Telekom Malaysia, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Kisah Aku dan Pargola Aku...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
pargola kayu cengal  15 x 8

lakaran awal..... xsempurna sgt cz nak gambarkan aje...

tiang dan dipuncak tiang diukir atau dibentukkan dengan
bentuk tajam...

lurah bagi menaikkan seri tiang.. (bagi pendapat aku la)

bahagia bumbung pargola...

proses pemasangan....pargola didirikan...

bahagian depan pargola.. sebelum dikemaskan...

warna kayu asli sebelum melalui kemasan pada kayu....

warna pargola setelah melaui kemasan ...


aku mengulakan kemasan clear sahaja.... juz bagi menimbulkan
warna kayu....  


:: Semua kat atas nie.... serba sedikit bagaimana aku melakukan proses
membuat pargola... bkn detail....
nak bt detail tlis kat blog ajar korg bt... maklumnyer... xlarat nak bace la korg...
1 lagi... ilmu pertukangan kayu bkn mudah nak belajar.. msti ada guru..
huhu

GUru aku?? siapa???
dah tentu AYAH kesayangan aku...
segala kemahiran yang dia ade... semua die trun kan pada aku

sebab aku sorang ja HERO dalam family aku...
hihih
xkira la kemahiran dalam apa2... semua dia ajar aku...

jadi bapak borak anak rintik la kan...

berbalik pada pargola nie... aku menerima tempahan...
2 buah sekali gus....

boleh taha la... mcm kar pecah pinggang aku nie...
kayu cengal nie bkn nyer ringan....
berat WWOooooooo!!!!

3 kali ganda berat dari kayu biasa.....
tapi berjaya siapkan dalam 1 bulan xsilap aku...

puas melihat hasil tangan aku...
dengan ayah aku...
ada seni jugak tangan aku nie...

bayangkan... kayu cengal nie... 1 tan = RM13000.00....
mahal tue... utk bt 2 pargola macam nie.. memerlukan 1 tan... so kira la kan...
xmasuk upah aku lagi...

lebih banyak ukiran lebih mahal sesuatu produk tue...
hihih...
tukang2 kayu yang bgthu la...
aku bginer jer....
diorang pro.....

so dengan terbinanya... kerja kayu aku nie...
aku dah melagkah 1 tapak dihapan... 

so jika ada peluang aku akn terus berusaha.... 
=)

Tuesday, July 19, 2011

Dalam Wrestling pon ade LAWAK-LAWAK bodoh....kesian...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
akibat mintak kerusi dengan penonton....



kesian wooooo!!!!....
mintak  mungkin 2 kerusi jer.... 
yang dberi... penuh gelanggang!!!\
baik sungguh penonton nie semua kan!!..



tahniah... anda semua mmg TERBAEEKKKKK!!!!!!!

Tayar Tak Ade Angin Bkn LAGI Masalah!!!

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

perubahan demi perubahan......
dunia dah semakin moden... 
dulu aku xterfikir lak ade tayar cam nie.... 
memperkenalkan teknologi terbaru tayar....
(nie pon kalau dah dikeluarkan kat malaysia....)
huhuhu



xpayah la lepas nie nak jalan jauh2 nak chek angin tayar kan....
xperlu bimbang pasal paku ker.. pecah ke.... 
nampaknyer... makin lalai lah manusia errkkkk....






boleh tahan... kan3







siapa akan beli tayar nie kalau dijual kat malaysia??
tentu org kaye... sbb tayar mcm nie semestinyer mahal giler...

Friday, July 15, 2011

2 buah kereta bakal aku milikki... sudah dimiliki org yang terawallll.... =(

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
   salam...

hari nie aku terserempak ngan 2 buah krete yang aku idamkan...

1 nie aku xsangka la dah ade yang keluar kat jaaln raya.....

sbb kereta nie baru dilancarkan...  myvi baru....


nie depan ikip taman gelora... yang sapo lah nie.....

xpe.... tggu aku beli... tapi aku beli yang myvi baru yang SE punyer.... baru sport siket.... kan3

hihihihi.....

1 lagi... HuMMER.....  xla napak jelas sgt... dlm fhone kan.... xleh nak ZOOM.....

nie la yang aku idam2 kan....
padan la ngan saiz aku nie... 
kukuh giler aku tgok....





hummer nie warne hitamm...
SMART wwOOOOOO!!!!!!!!!!!


selalu gak berangan bile dapat pakai kete gnie...
huhuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...