Wednesday, March 30, 2011

info kesihatan ** meh meh kite blajar ttg khasiat buah yerkk.... sape nak sila2 la baca k...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
salam 1 malaysia...
hari nie kite blajar ttg khasiat buah-buahan pulak...
uhuhuh....
kesihatan perlu dijaga juga... kanx3
so sila lah baca....
\
>> kite kenal2 ngan  apa itu buah...

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan
mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek
botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau
jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi
yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga
(buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas).
Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai
pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.


BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA 
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang
tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan
dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal
ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana
masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat
mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

==Delima Hilangkan Masalah Cacing ==
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam
perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima
mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di
kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain
daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum
juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A
dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit
berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air
buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan
berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah dari segi saintifik,
delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan
untuk mengatasi kemandulan
==Kurma Hindar Gangguan Usus ==
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagaiPhoenix
dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana
ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin
menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis
bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang
dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa
kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini
bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air
dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan
untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk.
Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan
menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

==Pisang Merawat Kudis dan Luka ==
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum
yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti
kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang
merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk
membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang adalah antara buah-buahan tempatan
mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka,
darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat
dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk
mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

==Mangga Penawar Penyakit Hernia ==
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga
Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah
penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah
dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali
selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan
bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai
kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit
diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat .

==Nanas Penawar Penyakit Batu Karang ==
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos
berasal dari keluargaBromeliaceae
serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang
lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian
bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia
melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan,
pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting
bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan
untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi
dan mengandungi kandungam gula yang tinggi.
 
==Belimbing Merawat Kencing Manis ==
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar
ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam,
tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola
dan sekeluarga denganoxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.
Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga
dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau
radang gusi .


ok selamat membaca dah selamat beramal...
yeaahhh!!!
 terima kasih kerana membaca....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...