Showing posts with label Agamaku islam. Show all posts
Showing posts with label Agamaku islam. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Aku,kad dan organ.... =)

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


Jalani harimudengan sisa hidup 
yang bahagia.....







Yahooo!!!
kad pengikrar pendermaan organ aku dh sampai..
2mggu jugak la nak ke sampai kat umah...

SLOGAN"Dermalah Organ Demi Sebuah Keidupan"
spe pham.. angkat tgn..
hikhik...
arap2 semua faham la yer...
maksudnya... lpas kite menderma organ.. kita akan  mencipta sebuah kehidupan seorang insan yang memerlukan organ utk truskan kehidupan...

fuhh!!!xpayah la nak kedekut atau xperlulah...
lepas kte mati pon.. sume org akan nges jer..
jenazah kite dalam kubur.. rebut.. tiada kegunaan
pahala kita hanya setakat itu saje... mati kita terputuslah amalan kita...
sekurang2nya.. jika kita menderma organ ni.. amalan kita mgkin berterusan..
insyallah....

simple aje bentuknya... 
tapi kad ini sgt bermakna... bagi sesiapa yang telah berikra..
menderma ni...

                                            mari kita berdaftar!!!!
jgn ckp alasan sape nak mati aje derma organ ni,,,


senarai organ aku yang didermakan,,,

tak la truk sgt.. lgipun dah mati.. bkn rasa apa2 pun kan..

hikik... 
disini. keiklasan yang penting..bkn paksaan utk menderma...

bagi yang dah menderma.. tahniah... kite GENG lah..



Friday, December 2, 2011

APA ITU AIDS DAN HIV??? SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


APA ITU AIDS DAN HIV


Apa itu Penyakit AIDS ?AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome
.
Apa itu HIV ?HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus

Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.
.
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
-Melalui perhubungan seks tidak selamat
(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.
.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :

-Pendermaan darah
-Berjabat tangan dan berpelukan
-Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
-Berkongsi makanan dan perkakas dapur
-Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
-Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
-Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
-Menjaga seseorang yang positif-HIV
.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV
.
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
.
Apakah seks selamat?Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.
Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

WALAU APAPUN... SAMA2 KITA JAUHI SELAGI TERMAMPU... JAUHI HUBUNGAN SEBELUM KAHWIN.. ALLAH S.W.T  SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BERTAQWA...
TAYANGAN VIDEO AIDS DAN HIV

Marilah kita menonton beberapa Rencana Mengenai Aids dan Hiv. Anda diminta untuk menonton sehingga habis kerana banyak maklumat terdapat dalam video ini. Setiap bual bicara akan di ikuti dengan beberapa paparan yang menyayat hati. Marilah kita selami penderitaan mereka ini.





Thursday, December 1, 2011

Peminta sedekah atau pemberi sedekah... mana lagi elok??

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA



wanita ini elok dari segi fiikal.. kenapa tidak gunakan untuk mencari rezeki yang lebih elok... dengan titik peluh sendiri?? jgn menghina.. tapi mesti ada sebab dia melakukan seperti ini..

Sebaik-baik tangan.. tangan diatas adalah lebih baik daripada tangan dibawah...
tangan dita bermakud tangan yang memberi.. dan tanga dibawah adalah tangan yang menerima...

keterangan terdapat di bawah...

Tangan Di Atas Lebih Baik Daripada Tangan Di Bawah
Hadith : 
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Sabda rasulullah SAW: 
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan.  Di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada  10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
Lima Di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga
5. Sedekah itu menutup tujuh puluh pintu kejahatan
Fadilat Bersedekah
1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang  berharta dan kaya.
2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.
3.  Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.
4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan.    Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.




tapi kebaikan orang yang memberi ini selalu disalah gunakan oleh GOLONGAN YANG  SUKA AMBIL KESEMPATAN INI!!! 
seperti sendikit2 peminta derma dan sedekah ini...
ada yang menipu...  dewasa ini,terlalu ramai sgt peminta derma atau sedekah ini.. melalui badan2 yang dikatakan kebajikan atau sekolah2 agama,, adakah benar?? tidakkah mereka mereka ini menerima bantuan daripada kerajaan ??? 
Jika di ingatkan kembali waktu sekolah rendah dahulu...
jika sekolah ada buat aktiviti perkhemahan... ckgu akan meminta kita semua pergi membuat kerja amal diperumahan2 atau desa2 bagi menampung kos yang diperlukan oleh kita utk melakukan aktiviti ini...

\tidak terfikirkah oleh kita kenapa cgku menyuruh kita lakukan demikian???
cara ini bg mendidik supaya kita semua tahu erti kepayahan untuk menerima sesuatu reeki atau ganjaran utk  masa depan kita... tidak perlu meminta sedekah atau derma... 
inilah yang dipraktikkan dri kecik bagi membentuk kita semua agar berusaha selagi termampu  daripada meminta... kerana tangan memberi lebih baik dari menerima...

TAPI!!! jgn sekali2 menghina golongan meminta sedekah ini... kerana dia semua layak  menurut hadith dibwah... fakir miskin...


Golongan fakir miskin yang sangat-sangat memerlukan bantuan diterangkan dalam hadith yang berikut:

106- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ هَذَا الطَّوَافَ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ إِنَّمَا الْمِسْكِينُ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَيَسْتَحِي أَنْ يَسْأَلَ النَّاسَ وَلَا يُفْطَنُ لَهُ فَيُتَصَدَّقَ عَلَيْهِ. (رواه الإمام أحمد)

106- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta-minta ke sana ke mari kepada orang ramai,  yang apabila ia mendapat sesuatu atau dua suap makanan atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma - ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan. "(1)
(Hadith Sahih - Riwayat al-Imam Ahmad)
Hadith ini menerangkan ada di antara golongan fakir miskin yang terdesak hidupnya sehingga terdorong meminta sedekah,  tetapi ada pula yang tidak tergamak menadah tangan sekalipun mereka lapar dan menderita dan mereka pula tidak rela mengadukan halnya kepada orang lain, sehingga keadaan mereka yang menyedihkan ini tidak diketahui oleh umum.  Golongan inilah yang sebenar-benarnya miskin - seperti yang tersebut dalam hadith ini - berbanding dengan golongan yang terdorong meminta sedekah. 
Kerana golongan peminta sedekah ini dapat juga mencari sara hidupnya dan menutup laparnya dengan perbuatannya meminta-minta ke sana ke mari. Sedang golongan yang kedua, tidak begitu mendapat perhatian,  kecuali dari orang yang rapat dengannya, yang mengetahui penderitaannya.
Walau bagaimana pun, kedua-dua golongan ini berhak mendapat bantuan.  Golongan yang terdesak menadah tangan,  hendaklah diberi bantuan dan janganlah dihampakan dan golongan yang menyembunyikan penderitaannya, demi menjaga maruahnya, maka masyarakat sekeliling - terutama kaum kerabat dan sahabat handainya - bertanggungjawab bertanyakan khabar beritanya dan memberikan bantuan dengan cara yang baik. 
_______________

 Tapi bagi golongan yang menipu atau mengambil kesempatan atas kesusahan org lain ini??
bagaimana pula ceritanya??

contoh gambar dibawah:-





ada pengemis yang dapat berkereta BMW!! WOW>>.. sgt mengujakan bagi pekerjaan mengemis ini..
kebiasaan ... jumlah kutipan dalam sehari pengemis 1k -2k keatas....
org yg memberi sedekah pun belum tentu dapat gaji 1k SEBULAN!!!
adakah ini adil??

sebagai pemberi... kita hendaklah memberi secara ikhlas..
jika kita hanya diperdaya hendaklah kita berharap apa yang kita bagi mendapat keberkatan dari apa yang telah diberi...



jika tidak sanggup ditipu atau  diperdaya oleh2 peminta2 derma atau sedekah ini... 
kita boleh salurkan di saluran derma yang sah seberti mesin atm dibawah...



Tuesday, November 29, 2011

HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA,, HARAM ATAU TIDAK???

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. 
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah

Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

WALLAHUA'LAM
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 2/03/2010 12:59:00 PM 
Label: FEQAH

AWAS!!! jersy & logo yang ada salib dan meragukan...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Sekarang ni sedar tak sedarkita seakan2 menyokong ajaran kristian dan menyebarkanya..
sambil kita tidak tahu... setelah dilekakan dengan minat kita yang fanatik...
ada yang begi tahu.. "aku cuma sokong pasukan aje.. bkn nyer nak promote agama dia nie."
tapi sebanarnya dalam diam kita sedang mempromotkan dan mengagungkan lambang yang 
terpangpang  di baju dan loga didada kita...

antara jersi dan logo yang ada keraguan dan lambang salib 


terang-terang dah kita nampak kan...



salib yang berada di logo portugal



sama seperti portugal.. brasil mempunyai salib di logonya



logo liverpool menpunyai keraguan yang telah diterangkan dalam gambar diatas..




salib diatas mahkota.




salib yang berada di logo ac milan







di jersi england.. salib yang mengelitukan kita..


real madrid pun terdapat salib di mahkota dalam loganya...






lambang setan yang terdapat dalam logo united... berhati2





jersi malaysia pernah direka yang ada lambang salib... tapi telah tidak dikeluarkan...



pendek kata.. kalay nak sokong team febret kite semua... jadilah macam mat arab nie... 
tak semestinya pakai jersi diorang yang ada salib tu tanda anda penyokong team febret korang..
pakai jubah kaler siap ada numbor dah dapat menyatakan team febret korang sume... :)
hehe... berhati2 dalam memakai baju seharian... =$

Sunday, November 27, 2011

Tarikh peting dalam kalendar islam..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1433 5 Feb 2012 Maulidur Rasul

27 Rejab 1433 17 Jun 2012 Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1433 21 Julai 2012 Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1433 6 Ogos 2012 Nuzul Al-Quran

* 1 Syawal 1433 19 Ogos 2012 Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1433 17 Oktober 2012 Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1433 26 Oktober 2012 Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1434 15 November 2012 Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

** sempena tahun baru islam :)

Thursday, November 10, 2011

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah
Bila bercakap mengenai menderma darah, pasti pelbagai perkara negatif akan mula bermain diminda masyarakat kita. Tidak kira siapapun, sama ada golongan profesional, mahupun golongan mana sekalipun pasti akan ada pelbagai tanggapan tersendiri mengenai “derma darah” ini.
Antara Pandangan Negatif atau Dianggap Kesan Negatif Menderma Darah
1. Badan akan menjadi semakin gemuk dimana berat badan anda akan bertambah.
2. Berkemungkinan mendapat atau menghidap penyakit berjangkit seperti HIV dan sebagainya.
3. Badan akan mudah mendapat penyakit
4. Tidak bagus dari segi atau pandangan agama.




Jika ditanya pula kenapa ramai diantara kita yang tidak mahu menderma darah pula pasti akan ada yang menjawab “saya takut jarum!” Aduh, satu alasan yang sangat biasa didengar walaupun boleh dianggap satu alasan yang lemah. Kenapa sanggup kita berikan alasan sebegitu rupa? Adakah kita benar-benar takutkan jarum hingga menolak untuk membantu mereka yang memerlukan?
Cuba anda fikirkan, jika satu ketika sampai giliran kita mahupun ahli keluarga kita yang memerlukan bekalan darah secara emergency namun begitu tiada siapa mahu mendermakan darah? Adakah anda sanggup menerima hakikat bahawa tiada siapa yang menderma darah dan dapat menyelamatkan keluarga anda? Jika difikirkan sekarang, pasti akan berpusu-pusu orang ramai pergi mendermakan darah kerana mereka tahu satu hari nanti mereka juga akan memerlukannya.
Pernah suatu ketika anda seorang lelaki yang menggunakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menderma darah, namun begitu pada suatu hari segalanya berubah.
“Adik nak derma darah ke adik?”… Kata seorang doktor..
“Eh, tak adalah kak, saya mari temankan kawan saya jer…” Balas lelaki ini..
” O..kalau macam tu, marilah dik, dermakan darah..Banyak pahalanya dik…” kata doktor itu lemah lembut..
“Tak apalah kak, dah ramai yang derma ni… Lagipun saya takut jarum”..
“La, tak sakitlah adik… Sikit jer ni”..
“Kak, saya kata tak nak tu maknanya taknaklah… Akak tak faham ke, derma darah kan bukan wajib… Saya tak nak, so janganlah paksa… Buat apa nak derma, darah saya sendiri pun tak cukup ni!”… Kata lelaki ini dengan kasarnya..
Doktor itu hanya tersenyum….” adik… jangan cakap macam itu… Kalaulah kata-kata adik tadi makbul, sampai masa darah adik betul-betul tak cukup”…
Kemudian doktor itu terus berlalu pergi….
Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Selain itu, ada satu artikel dari Berita Harian Online yang sangat menarik untuk dibaca mengenai Derma Darah ini. Dalam artikel ini ada menceritakan “mitos” derma darah dan penyangkalannya secara ilmiah.
BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.
Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.
Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.
“Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.
“Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah,” katanya.
Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.
Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.
“Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja,” katanya.
Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.
Keratan Akhbar Bernama
Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.
Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.
“Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari,” katanya.
PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.
PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.
“Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah,” katanya.
Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.
“Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.
Bukan punca gemuk
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...