Showing posts with label felling dihati. Show all posts
Showing posts with label felling dihati. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Kenapa Aku Mesti Pergi PLKN!!! ARRGGHHH.....

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Nie ksah aku mse mula2 dapat tahu kne g plkn ...
walaupun dah lme 3-4 tahun lepas aku g plkn nie...
kenangan tetap dihati...
sampai bila2...

hari 1st aku dapat thu terpilih menjadi pelatih plkn

mula2 maki hamun la... rse malas sgt nk g nie...
mse tuh mikir membazir je g... wat rugi ke mase jer...
x gune sepatah haramm pon klu g plkn...

tpi terpaksa gak g sbb tkut kne tindakan dari kerajaan....
kan susah pulak makbapak aku... nak tggung kesalahan aku bt...

tibalah hari aku kne pergitak silap aku 20/12/2008.. aku pun dah lupe...
hikhik...
mak ayah aku hantar aku kat perhentian bas geliga...
mese tuh tuhan jer tahu.... malas.. xnk g. nak lari.. xmo tggl keluarga... xnak naik bas... 
tapi aku merelakan hati aku gak utk g.... xsangka.. ramai gak kawan2 aku kenal yang trut serta.. hikhik..
dalam hati.. padam muke.. kne g gak., 
termasuklah aku...

sblum naikk... salam tangan makayah aku dan fmily aku... sambil airmata pecah dari takungan...
termasuk la diorang sekali... masa bas nak bertola... tgok fmily aku kat bawah melambai...
fuuhhh... sedey ...
tapiberlagak cool lah... hikhik..
sambil ayah aku tepon mase nak gerak tu..

7-8 jam jugak la nak sampai PLKN MANTIN,N9 nie.. jauh woo....
sakit punggung aku...
lam kul 5 petang sampai... tgok2 ramai gak dah sampai... 
banyak puak2 dari n9,KL, selangor<melaka...(kelantan sampai malam... jauhkan... )

dah sampai kne daftar pulak... spotchek la... mcm2 die buat... 
aku dpt kompeni BRAVO!!! cayalah!!!! TERBAIKKK!!!!
ramai gak budak ganu lam ni... nazrin,amir,dan banyak ag lah... (xkan nak sebit semua kan...)


amacam... ?? mcm mana org kat atas nie...
kacak bergaya x?? hihik...
ni uniform kat sane..

pd sape2 ckp membazir g plkn nie.. 
ANDA KNE PERBETULKAN TANGGAPAN ANDA!!!!!
sbb ternyata anda tidak membazir masa dan wang ringgit!!!(bukan kne bayar pun masuk cnie... siap dapat elaun lagi..)
plkn padat dengan program2 yang dpt meningkatkan kualiti , gaya hidup, sikap,personaliti ,cara pemikiran dan banyak lagi ttg kita ....

disini juga aku dapat 1st kawan cina... stepfenie.. dia nie seorang happy gudlucky la...
dia tgor aku... aku nie jenis lambang bergaul... dia panggil aku BRO!! aku marah dia... 
aku ckp aku bukan ABANG KAU!!!xpayah panggil bro kat aku...
dia pun ckp.. apasalahnyer... die still dgn pggil BRo kat aku... tapi dia antara befren aku kat sana,,,
kuar g mane2 ngan dia la...makan kepok la.. zafirah,siva ,ayo,acap(asraf),lisa,fyka...
kira yag nie la paling kamcing... lam kelas atau aktvti lain ke... 

cikgu TErbaiK...cg jelly... mmg spoting la.... sampai skrang aku xleh lupa kat dia nie.. byk membantu aku... bg aku fositive thinking..  cg len pon xda kurangnya,,,, sama bagus..


ada macam REMBO x??
hikhik...(nak rembo macam mana.. debab jer.. hikhik..)

aku tggu sgt activiti nie... apalagi.. menembak la... guna M16!!!!
bukan senang.... walaupun xleh gelaran raja shoot... tapi markah aku 86point ok... ok la tu.. dari 100point... excited ngat nak pegang benda alah nie.. mmg terbaik la... (xde ke jual kat pasar malam.. nak beli satu)

activi banyak sgt... kayak, wira jaya, kawat,futsal,yang manjat2 tu.. (xigt ape name dia),bnyak lagilah.... 


ada nampak x aku tuh!!!
kat anak panah tu... 
KSP(KEM SRI PERKASA mantin)

bnyk lgi nak kongsi... nie hanya sedikit ,,
ikutkan penuh gambar ngan aku... tapi external ade masalah ckit...
nati externak dah elok.. aku sambung.. letak gmbar geng2 plkn dulu...

sek2 poyo,kacak bergaya... cantik rupawan ade semua.. semua activiti ada kat dalam tu..
insyallah.. tnggu ok...

sebelum aku nak berhenti mengceloteh... 
video imbas kenangan ... lagu syok... 
bila disayangi 
dgr lagi nie compem igt geng plkn dulu.... 














Monday, November 14, 2011

Tugas Lelaki Sebelum Berkahwin...lepasi 3M dulu...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
salam sejahtera semua.....
ni mungkin lelaki yang dah cukup syarat nie... gembira sangat..(gambar hiasan)

Sekarang aku nak menyentuh bab kahwin nie... teringin pulak aku nak berbicara sedikit.... hehehe,,(macam la ada pengalaman)
tapi tak salah la pulak kan... bkn apa aku tgk ramai pasangan yang kawen nie masih terumbang ambing(tak kukuh) dari segi kewangan...bila masalah ini timbul... masalah-masalah yang lain mula la timbul.. macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu... 
kebanyakkan la...kalau tak ditangani dengan baik akan membawa masalah yang besar... taknak la sbb masalah kewangan akan bawak pada penceraian... kan3... 

pada pendapat aku la... syarat-syarat lelaki sekarang sebelum nak masuk alam perkahwinan nie... mesti ada 3 perkara aje :-

1. Mesti ada wang simpanan melebihi 10k....(selepas semua perbelanjaan kahwin contoh: wang hantaran,honey moon, kenduri, dan lain2)

2. Mesti beli rumah sendiri dahulu(utk kebebasan dan mengelakkan org mengata kita lelaki tak pandai bina rumahtangga)

3. Mesti ada kereta sendiri.. (tak perlu la sampai nak kereta mewah..ferrari ke, audi ke.. viva atau kancil dah cukup... bagi memudahkan perjalanan... hehehe.. tak lah duk merempit aje ngan bini nanti...)

itu pendapat aku utk bina hidup yang lebih sempurna....
bknlah semua nie menjanjikan kebahagiaan abadi.. tapi serba sedikit meringankan tanggungan selepas kahwin nanti...
tak lah kusut memikirkan masalah ni lepas kahwin .. tak lah bini atau mak mertua tanya.. "bila nak beli rumah?" "bila nak beli kereta?" atau soalan paling sensitive.."cukup tak duit nak bela anak mak cik nie?" hehehhe...

Bagi aku kahwin lambat sikit tak apa janji cukup semua benda... kalau masa zaman remaja dulu (zaman2 tak matang lagi..hehe) lepas sekolah terus kahwin takpa.. tapi sekarang dah matang.. tahu serba sedikit lumrah dunia.. baru la dapat berfikiran secara matang sikit.. "money not everthing but money is very important now to survive"
tapi jangan lupa syarat2 utk kahwin dalam islam itu sendiri... 

Insyallah kalau aku nak kahwin aku mesti ada semua ketiga-tiga ni dahulu.... (kalau tak dipaksa kahwin la...hheheh) tapi kene tetapkan prinsip.. prinsip nak la kuat dan teguh kan.. hehehe...


** Bagi aku kalau perempuan tak lah berat sangat tugas nya...  saudara mara takkan tanya sebelum kahwin.. dah cukup duit ke kau nak kahwin nie?? dah ada kereta ke?? kau dah ada rumah?? ... Paling kurang pon diorang semua akan tanya.. bakal laki kau tu dah ada rumah ke?? ada kereta belum?? dah cukup ke dia nak sara hidup kau nie??

# apa pendapat anda??? kalau rasa saya tulis nie salah.. sila komen bagi pendapat...  tQ....




Wednesday, September 7, 2011

PENGORBANAN DALAM PERCINTAAN... JANGAN SAMPAI JIWA DAN AGAMA TURUT MENJADI KORBAN...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Pada petang ini, ingin saya kongsikan tentang pengorbanan di dalam bercinta. Rami sedia maklum, sekiranya kita dilamun cinta kita sanggup bekorban apa saja demi insan yang kita cinta. Islam sendiri menggalakan kita berkorban kerana cintakan agama. Namun jauh beberza dengan konsep pengorbanan yang ada dalam percintaan sesama manusia.
Mari kita pelajari apakah yang dikatakan pengorbanan yang dituntut dalam islam dalam menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini. Ketahuilah bahawa Cinta Allah itu mengatasi cinta makhluk. Dan pengorbanan cinta yang seharusnya kita lakukan hanya kerana cinta kepada Allah.
a3d815a5 6106786 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..
Bulan Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang banyak merakamkan beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam. Peristiwa terpenting yang berlaku, di antaranya seperti ibadah haji dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dengan anaknya demi ketaatan baginda kepada perintah Allah s.w.t. Rentetan daripada peristiwa itu, amalan ibadah korban telah menjadi sebahagian daripada syariat Allah s.w.t. yang dituntut terhadap umat Islam untuk melaksanakannya. Nabi s.a.w. menjelaskan lagi syariat tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?” Jawab Rasulullah: “Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.” Mereka berkata: “Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)
Untuk sama-sama kita memahami falsafah pengorbanan besar di sebalik kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu, Allah s.w.t. merakamkannya di dalam al-Quran ayat 99-112 surah as-Shaffat yang bermaksud: Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku….. Dan Kami beri dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishak, seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh.
Di sebalik kisah yang dirakamkan itu, terdapat dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah Taala. Kedua, ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah s.w.t. dan perintah seorang ayah. Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah s.w.t. yang tidak berbelah bahagi.
Dalam kes di atas, logik naluri kita akan bertanya, mengapa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayang mereka demi perintah Allah Taala? Bukankah Nabi Ibrahim sudah lama mengidamkan seorang anak? Mengapa setelah dikurniakan anak, diperintahkan pula supaya menyembelihnya? Dalam keadaan itu, tentu baginda berdua boleh berdalih dengan pelbagai alasan. Tetapi mereka tidak berbuat begitu, kerana cinta mereka kepada Allah s.w.t. mengatasi cinta kepada makhluk. Tetapi persoalannya, sejauh manakah kita dapat memahami falsafah korban seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu? Bolehkah tahap pengorbanan umat Islam hari ini setinggi itu? Sanggupkah seorang Muslim itu menerima takdir dengan pasrah seperti kematian atau kehilangan orang yang disayanginya? Atau adakah kita lebih banyak mempertikaikan takdir yang telah Allah Taala aturkan? Mungkinkah ada lagi pada zaman serba canggih ini, remaja sehebat Nabi Ismail yang sanggup berkorban nyawa, kasih dan keseronokan zaman remajanya demi ketaatan dan kecintaan kepada Allah Taala?
401071821 bf0681f296 300x203 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..
Sesungguhnya seandainya seorang Muslim itu apabila mereka mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang bermaksud: Ada tujuh golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah s.w.t. iaitu imam yang adil, pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah, lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: “Sesungguhnya aku takutkan Allah”, lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian. (Riwayat Muslim)
Sehubungan itu, Islam menjelaskan bahawa cinta seseorang hamba kepada Allah s.w.t. itu haruslah berlandaskan kepada ittiba’ (ikutan) dan ketaatan sebagai bukti kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam cerita tersebut. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Ali Imran:31)
bunuh diri1 300x300 Pengorbanan di dalam cinta, Jangan sampai jiwa dan agama terkorban..
Sesungguhnya sumber cinta daripada Allah Taala merupakan sumber cinta yang paling tinggi dan utama. Apabila berlaku pertembungan antara cinta Allah Taala dengan cinta makhluk, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memenangkan cinta mereka untuk Tuhannya tanpa ragu-ragu. Baginda mengetahui bahawa meletakkan cinta Allah pada tempatnya adalah satu kedudukan cinta yang tinggi yang hanya akan lahir bagi orang yang sudah cukup kenal akan Allah Taala. Menurut Imam al-Ghazali bahawa ma’rifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta sebab, cinta tanpa ma’rifah tidak mungkin berlaku. Ini kerana manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya sahaja. Pepatah Melayu ada menyebut, `Tak kenal maka tak cinta’. Ia seolah-olah membenarkan pendapat Imam Ghazali tersebut.
Dalam kisah tersebut, demi membuktikan cinta mereka adalah benar, lalu Allah s.w.t. menguji mereka dengan bentuk ujian yang sukar diterima oleh akal manusia biasa. Oleh itu, benarlah bahawa cinta yang tulus ikhlas itu memerlukan pengorbanan yang mesti ditempuh melalui sesuatu ujian dan dugaan terlebih dahulu. Apakah bukti cinta mereka? Tidak lain dan tidak bukan mereka telah mengorbankan cinta mereka yang sementara kepada cinta yang kekal abadi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta. (Al-Ankabut: 3)
Oleh itu, Muslim yang benar-benar kenal akan Allah Taala sanggup menggadaikan harta dan wang ringgit. Mereka juga sanggup mengorbankan kasih mereka terhadap anak-anak dan keluarga sendiri, malah nyawa sekalipun semata-mata kerana mendahului cinta Allah s.w.t. Apabila cinta Allah Taala sudah memenuhi hatinya, maka barulah datang cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Itulah kedudukan cinta yang betul yang menerbitkan kemanisan iman yang tiada taranya. Malangnya umat Islam hari ini tidak memahami konsep `al-Aulawiyat’ ini. Mereka dengan mudah terjerumus dengan cinta makhluk-Nya sehingga sanggup dikongkong oleh nafsu tamak, rakus, bakhil dan mengutamakan keuntungan dunia tanpa had dosa atau pahala. Akhirnya kebinasaan dan kerugian yang terpaksa diratapi dan disesali apabila jasad mereka menjadi bahan makanan kepada cacing dan ulat di dalam tanah. Di dalam al-Quran Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. (At-Taubah: 24)
Hal ini kerana cinta yang hakiki bukan diukur berdasarkan pandangan mata makhluk atau kerana tuntutan hawa nafsu semata, tetapi lebih mengikut pandangan Allah Taala yang dialirkan ke dalam hati setiap makhluk-Nya. Malah semua anugerah Allah Taala kepada manusia seperti nikmat kebaikan, kemewahan, hidup dan mati semuanya adalah rahmat dan kasihan belas-Nya pada kita yang kadang-kadang gagal difahami falsafah sebenar di sebalik pemberian tersebut. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita melalui sabdanya yang bermaksud: Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan dan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi s.a.w. menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati. (Riwayat Abu Daud)
Justeru itu Islam telah menyusun dan mengatur tatacara berkorban dengan kemas dan sempurna supaya kita memahami pengajaran di sebalik peristiwa agung tersebut. Falsafah daripada pensyariatan ibadat ini nanti akan mengekalkan ingatan kita kepada lambang cinta agung Nabi Ibrahim yang mengorbankan puteranya Nabi Ismail demi cinta dan taqarrub mereka kepada Allah s.w.t. Firman-Nya yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah : 186)


Read more: http://kepuncakmahligai.com/2011/02/pengorbanan-di-dalam-cinta-jangan-sampai-jiwa-dan-agama-tekorban/#ixzz1XHWpe4Ln

Wednesday, March 30, 2011

Lu Pkir Lah senDiri!!! BaB cinTa

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
cinta cinta cinta!!!

ada apa dgn cinta??

adakah cinta hanya pada kata-kata??

cinta sebenar adalah cinta yang memberi


segala...

bkn cinta yang meminta agar dicintai....

tue ayat yang biasa didengar.....

tapi bg aku... itulah cinta ...(ihihihx3)

cinta sesorg bkn seperti bermain rugby!!

bola dipelukkan xkan dilepas 


selagi ada org yang 

mengejarnya... tapi... selapas


 tiada siapa mengejar... diswing 

(lempar) ke org lain.... 

maksud die

bila kita takot org lain 


merampas cinta yang 

kita milikki,,,

kita akan protect dgn 


sesungguhnya,,,

tapi apabila dah tiada pesaing...

kita abaikan...


kanx3....

betul x??

kdg kala kita mengabaikan org 


yang kita sayangi...

sebab sesuatu yang kita belum pasti kita miliki...

aku pon pernah lakukan perkara yang sama...

menyesal pon dah x guna...kanx3...


so!!!

Lu pKir la sendiri !!!

akhir kata dari aku... 

dengar2 kan... dan selamat beramal!!!


dEngaRkaN ... RintiHan hati....

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
bayangkan....


1 hari nati kite akan berjumpa semula selapas 5 tahun berpisah...
kite habiskan 1 hari bersama-sama....
borak2 dalam bilik...
berkongsi cerita dan masalah masing-masing...
sampai 1 detik.... 
telefon awak berbunyi...
di ruang tamu....
awak turun untuk jawab panggilan itu... 
dan awak berjanji akan naik semula berjumpa saya...
bila awak angkat fon ...
kawan saya yang menelefon awak...
dan berkata.....
saya telah meninggal dalam kemalangan 
yang mengerikan pada pagi td...


pada masa itu... mahukah awak naik semula 
berjumpa saya untuk menunaikan janji awak??


adakah awak percaya pada cinta saya??

adakah awak berpegang pada janji awak??

adakah awak mempercayai cinta awak pada saya??

adakah awak sanggup menerima semua ini??

apa yang akan awak lakukan??



hanya tuhan yang mengetahui segala isi hati
pada masa itu...


walaupun selama nie aku selalu bermain2
tapi hakikat
aku tetap manusia...

ada masa aku tahu dimana 
kejujuran,
keikhlasan ,
cinta aku pada kamu....
pada 1 masa nanti semua ini akan 
sudah terlambat....
tiada siapa akan 
dapat memahami
semua isi hati ini....




selagi kita ada yang menyayangi 
kita..
jangan lupa menghargainya... termasuk ibubapa kita..
mmg mudah untuk mencintai..
tapi susah untuk dicintai....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...