Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Aku,kad dan organ.... =)

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


Jalani harimudengan sisa hidup 
yang bahagia.....







Yahooo!!!
kad pengikrar pendermaan organ aku dh sampai..
2mggu jugak la nak ke sampai kat umah...

SLOGAN"Dermalah Organ Demi Sebuah Keidupan"
spe pham.. angkat tgn..
hikhik...
arap2 semua faham la yer...
maksudnya... lpas kite menderma organ.. kita akan  mencipta sebuah kehidupan seorang insan yang memerlukan organ utk truskan kehidupan...

fuhh!!!xpayah la nak kedekut atau xperlulah...
lepas kte mati pon.. sume org akan nges jer..
jenazah kite dalam kubur.. rebut.. tiada kegunaan
pahala kita hanya setakat itu saje... mati kita terputuslah amalan kita...
sekurang2nya.. jika kita menderma organ ni.. amalan kita mgkin berterusan..
insyallah....

simple aje bentuknya... 
tapi kad ini sgt bermakna... bagi sesiapa yang telah berikra..
menderma ni...

                                            mari kita berdaftar!!!!
jgn ckp alasan sape nak mati aje derma organ ni,,,


senarai organ aku yang didermakan,,,

tak la truk sgt.. lgipun dah mati.. bkn rasa apa2 pun kan..

hikik... 
disini. keiklasan yang penting..bkn paksaan utk menderma...

bagi yang dah menderma.. tahniah... kite GENG lah..



Friday, December 2, 2011

APA ITU AIDS DAN HIV??? SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


APA ITU AIDS DAN HIV


Apa itu Penyakit AIDS ?AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau Aquired Immuno Deficiency Syndrome
.
Apa itu HIV ?HIV ialah singkatan perkataan Human Immunodeficiency Virus

Virus HIV berkembang biak dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.
.
Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:
-Melalui perhubungan seks tidak selamat
(seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
-melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
-melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
-HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.
.
Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?
HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.
HIV tidak boleh dijangkiti melalui :

-Pendermaan darah
-Berjabat tangan dan berpelukan
-Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
-Berkongsi makanan dan perkakas dapur
-Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
-Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
-Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
-Menjaga seseorang yang positif-HIV
.
Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV
.
Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
.
Apakah seks selamat?Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.
Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

WALAU APAPUN... SAMA2 KITA JAUHI SELAGI TERMAMPU... JAUHI HUBUNGAN SEBELUM KAHWIN.. ALLAH S.W.T  SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BERTAQWA...
TAYANGAN VIDEO AIDS DAN HIV

Marilah kita menonton beberapa Rencana Mengenai Aids dan Hiv. Anda diminta untuk menonton sehingga habis kerana banyak maklumat terdapat dalam video ini. Setiap bual bicara akan di ikuti dengan beberapa paparan yang menyayat hati. Marilah kita selami penderitaan mereka ini.





Thursday, November 10, 2011

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah
Bila bercakap mengenai menderma darah, pasti pelbagai perkara negatif akan mula bermain diminda masyarakat kita. Tidak kira siapapun, sama ada golongan profesional, mahupun golongan mana sekalipun pasti akan ada pelbagai tanggapan tersendiri mengenai “derma darah” ini.
Antara Pandangan Negatif atau Dianggap Kesan Negatif Menderma Darah
1. Badan akan menjadi semakin gemuk dimana berat badan anda akan bertambah.
2. Berkemungkinan mendapat atau menghidap penyakit berjangkit seperti HIV dan sebagainya.
3. Badan akan mudah mendapat penyakit
4. Tidak bagus dari segi atau pandangan agama.




Jika ditanya pula kenapa ramai diantara kita yang tidak mahu menderma darah pula pasti akan ada yang menjawab “saya takut jarum!” Aduh, satu alasan yang sangat biasa didengar walaupun boleh dianggap satu alasan yang lemah. Kenapa sanggup kita berikan alasan sebegitu rupa? Adakah kita benar-benar takutkan jarum hingga menolak untuk membantu mereka yang memerlukan?
Cuba anda fikirkan, jika satu ketika sampai giliran kita mahupun ahli keluarga kita yang memerlukan bekalan darah secara emergency namun begitu tiada siapa mahu mendermakan darah? Adakah anda sanggup menerima hakikat bahawa tiada siapa yang menderma darah dan dapat menyelamatkan keluarga anda? Jika difikirkan sekarang, pasti akan berpusu-pusu orang ramai pergi mendermakan darah kerana mereka tahu satu hari nanti mereka juga akan memerlukannya.
Pernah suatu ketika anda seorang lelaki yang menggunakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menderma darah, namun begitu pada suatu hari segalanya berubah.
“Adik nak derma darah ke adik?”… Kata seorang doktor..
Eh, tak adalah kak, saya mari temankan kawan saya jer…” Balas lelaki ini..
” O..kalau macam tu, marilah dik, dermakan darah..Banyak pahalanya dik…” kata doktor itu lemah lembut..
Tak apalah kak, dah ramai yang derma ni… Lagipun saya takut jarum”..
“La, tak sakitlah adik… Sikit jer ni”..
“Kak, saya kata tak nak tu maknanya taknaklah… Akak tak faham ke, derma darah kan bukan wajib… Saya tak nak, so janganlah paksa… Buat apa nak derma, darah saya sendiri pun tak cukup ni!”… Kata lelaki ini dengan kasarnya..
Doktor itu hanya tersenyum….” adik… jangan cakap macam itu… Kalaulah kata-kata adik tadi makbul, sampai masa darah adik betul-betul tak cukup”…
Kemudian doktor itu terus berlalu pergi….
Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Selain itu, ada satu artikel dari Berita Harian Online yang sangat menarik untuk dibaca mengenai Derma Darah ini. Dalam artikel ini ada menceritakan “mitos” derma darah dan penyangkalannya secara ilmiah.
BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.
Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.
Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.
“Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.
“Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah,” katanya.
Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.
Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.
“Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja,” katanya.
Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.
Keratan Akhbar Bernama
Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.
Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.
“Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari,” katanya.
PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.
PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.
“Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah,” katanya.
Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.
“Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.
Bukan punca gemuk
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama

SEDEKAH YANG PALING MURNI "DERMA DARAH"

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Menderma Darah Semulia-Mulia Sedekah
Dr. Yusuf Qaradhawi:


 
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. 
Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang.
 Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.
”( Al-Maidah: 32 )
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah
 sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan
 bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar 
ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai 
dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda
 kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping 
ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan
 dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu 
kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah
 suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.”( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana
 tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 – 287 ). Dalam hadis sahih tersebut: “Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan
- kesusahan di Hari Akhirat.”( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan
 dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis
 tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. 
Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. 
Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya: “Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. 
Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang: “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?” 
Jawab Rasulullah: “Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, 
akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap 
Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi
 kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala,
 walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi
 kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang
 besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli 
keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran 
perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: “Seseorang yang bersedekah kepada orang
 miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat
 dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.
teks asal>>>

التبرع بالدم من أفـضل الصـدقات.
الدكتور يوسف القرضاوي:
من أفضل ما يقدمه أهل المريض وأصحابه له التبرع بالدم له اذا احتاج اليه عند إجراء جراحة أو لإسعافه وتعويضه عما نزف منه، فهذا من أعظم القربات وأفضل الصدقات لان إعطاء الدم في هذه الأحوال بمثابة انقاذ الحياة وقد قرر القرآن الكريم في معرض بيان قيمة النفس الإنسانية « أنه من قتل نفسا بغير نفس أو فسادا في الأرض فكأنما قتل الناس جميعا ومن احياها فكأنما أحيا الناس جميعا» «المائدة 32»، وإذا كان للصدقة بالمال منزلتها في الدين، وثوابها عند الله، حتى أن الله تعالى يتقبلها بيمينه، ويضاعفها اضعافا كثيرة إلى سبعمائة ضعف إلى ما شاء الله فان الصدقة بالدم أعلى منزلة وأعظم أجرا، لأنه سبب الحياة وهو جزء من الانسان والانسان أغلى من المال وكأن المتبرع بالدم يجود بجزء من كيانه المادي لأخيه حبا وإيثارا، ويزيد من قيمة هذا العمل الصالح أن يغيث به ملهوفا ويفرج به كربة مكروب وهذه مزية أخرى تجعل له مزيدا من الأجر عند الله تعالى ففي الحديث: «إن الله يحب إغاثة اللهفان”-رواه أبو يعلي والديلمي وابن عساكر عن انس كما في فيض القدير 2-287 . وفي الصحيح: «من فرج عن مسلم كربة من كرب الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة» رواه الشيخان من حديث ابن عمر، كما في اللؤلؤ والمرجان برقم 667 .
بل صح عن رسول الله- صلى الله عليه وسلم- أن إغاثة الحيوان المحتاج إلى الطعام أو الشراب له عظيم الأجر عند الله، كما في حديث الرجل الذي سقى كلبا عطشانا، وجده يلهث يأكل الثرى من شدة العطش فملأ خفه ماء من البئر، وامسكه بفيه وسقاه حتى ارتوى قال النبي- صلى الله عليه وسلم- «فشكر الله له، فغفر له» ، قال الصحابة دهشين: أئن لنا في البهائم لأجرا يا رسول الله؟ قال: «نعم في كل كبد رطبة أجر»، (متفق عليه عن ابي هريرة كما في اللؤلؤ والمرجان الحديث 1447) ، ويبدو أن الصحابة كانوا يظنون أن الإحسان إلى هذه المخلوقات لا يقابله أجر عند الله، وان الدين لا يهتم به فبين لهم الرسول الكريم أن الاحسان إلى أي كائن حي فيه أجر ولو كان حيوانا أو كلبا فما بالك بالإنسان؟ وما بالك بالانسان المؤمن؟والصدقة بالدم لها ثوابها الجزيل بصفة عامة ولكن صدقة القريب على قريبه مضاعفة بصفة خاصة لما فيها من توثيق روابط القربى وتأكيد الصلة بين الأرحام، وفي هذا يقول الرسول- صلى الله عليه وسلم- «الصدقة على المسكين صدقة وعلى ذي الرحم اثنتان: صدقة وصلة».
المصدر جريدة الوطن القطرية

Wednesday, November 9, 2011

FAEDAH DERMA DARAH DALAM ISLAM..(DARI LAMAN MUFTI-MUFTI NEGARA)

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


Menderma Darah:
Badan Sihat, Pahala Dapat
(Bilangan Akhir)


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ganjaran Dan Faedah Menderma Darah
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa hukum menderma
darah itu adalah harus. Bahkan menderma darah merupakan salah
satu perbuatan yang berkebajikan dan sangat bermanfaat kerana
terselindung di sebaliknya konsep tolong-menolong sesama
saudara Islam. Menderma darah juga suatu amalan yang mulia
kerana seseorang yang menderma darah itu tidak mengharapkan
sebarang balasan, khususnya daripada segi kewangan ataupun
material. Sekalipun hanya sebagai derma ataupun sumbangan
sahaja, namun janganlah ia dipandang sebagai sesuatu yang sama
sekali tiada mendatangkan keuntungan.
Seseorang yang menderma darah pasti akan menikmati kepuasan
hati kerana telah menyelamatkan nyawa lain dengan darah yang
telah didermakannya. Perlu juga diketahui bahawa setiap satu
pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh
menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan
sebagaimana yang telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya
seperti berikut:
i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan
menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup
yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu
merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan
seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana
selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan
berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh
untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi
menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan
pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama
di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat
besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan
risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok
yang kerap atau berulang-kali menderma darah.
Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, 
marikita perhatikan ganjaran dan 
balasan duniawi dan ukhrawi yang
lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma darah
berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dalil mengenai ganjaran atau balasan 
daripada menderma darah ini
diambil secara umum daripada sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
Radhiallahu ‘anhuma:



Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang
muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti
saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong)
hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong)
hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan
seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu
kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan
barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari
Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud
melepaskan kesusahan orang Islam yang berhajat kepada
penambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu
mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan
berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits
di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup
keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia
atau di akhirat kelak.
Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan menerima darah itu
adalah harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada
kedua-dua pihak, sama ada yang menderma atau yang menerima,
dengan mengambil kira nasihat daripada pakar perubatan bahawa
hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk
menyembuhkan atau menyelamatkan nyawa pesakit.
Ganjaran dan balasan yang dijanjikan di dunia dan di akhirat,
seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, sewajarnya membuka hati mana-mana individu
agar giat menyumbang atau menderma darah bagi kepentingan
individu yang lain.

Thursday, September 8, 2011

tips kecantikan untuk wanita..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

::tips kecantikan untuk wanita::



Ramai nak cantik... tapi nak cari mahal dan susah,,,, syirik pun ada,,,,  perlu ke??
nie artikal dan petua aku ambil dariblog bro nie... blog dia ade kat last topik nie... 
dan sebagai tambahan.. klik disini  dan disini utk tambah sedikit lagi ilmu anda


1.Berwuduk.Dengan memastikan diri ang sentiasa berwuduk,ang akan sentiasa kelihatan berseri.Kesan wuduk pada muka akan menyebabkan ang lebih sedap mata memandang.Jadi ang tak perlu ke pusat urutan muka.Ang jugak tak perlu minum kopi kesihatan bagai ni.Save bajet.Boleh la ang beli handbag besar kan?Yeay!




2.Berpuasa.Mengikut kajian saintifik.Dengan selalu berpuasa,ang akan kelihatan lebih muda dari usia asal ang.Kata la ang umur 30 tahun,ang akan kelihatan seperti umur 25 tahun.Kalau 20 tahun,ang akan kelihatan seperti umur 15 tahun.Kalau 15 tahun?10 tahun kot.Ok guwa tipu..




3.Tudung labuh.Bagi guwa,orang perempuan yang pakai tudung labuh ni kelihatan tersangat comel dan cantik daripada yang suka pakai singkat-singkat ni.Dengan pemakaian tudung yang labuh ni,ia juga dapat menjaga ang daripada sinaran terik cahaya matahari.Jadi, sure ang putih.So,tak payah nak beli pencuci muka bagai.Bercantik sambil berjimat.Tapi bagi yang dah gelap tu memang tak boleh nak buat ape la.Mungkin nampak manis sikit la..hehe




4.Berzikir.Apabila ang berzikir,bermakna ang sentiasa menggerakkan bibir ang.Ini merupakan exercise yang sangat berkesan dan baik untuk bibir.Jadi, bibir ang akan sentiasa kelihatan sihat dan segar.Ia juga akan lebih anjal.Ini tesis guwa ok!Guwa yakin,bibir ang akan lagi seksi daripada bibir angelina jolie =P




5.Solat.Solat merupakan exercise yang sangat baik.Dengan rajin bersolat,ang dapat mantainkan bentuk dan berat badan ang.Jadi, tak perlu la ang pergi ke gym tiap-tiap hari.Angkat berat bagai.Buat penat je.Baik angkat peti ais kat rumah kan?



aku bg kredit kat bro nie... sebab artikel nie aku copy dari dia...
nak lebih banyak petua2... clik blog dia nie.. sbb aku rase menarik..


p/s:wanita yang cantik adalah wanita yang memelihara kecantikan dan maruah mereka.Hanya yang berhak dapat melihat kecantikannya..(0.0)v 

Sunday, July 24, 2011

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.



Rujukan:

Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.


info diambil dari info kesihatan

Wednesday, March 30, 2011

info kesihatan ** meh meh kite blajar ttg khasiat buah yerkk.... sape nak sila2 la baca k...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
salam 1 malaysia...
hari nie kite blajar ttg khasiat buah-buahan pulak...
uhuhuh....
kesihatan perlu dijaga juga... kanx3
so sila lah baca....
\
>> kite kenal2 ngan  apa itu buah...

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan
mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek
botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau
jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi
yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga
(buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas).
Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai
pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.


BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA 
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang
tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan
dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal
ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana
masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat
mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

==Delima Hilangkan Masalah Cacing ==
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam
perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima
mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di
kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain
daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum
juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A
dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit
berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air
buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan
berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah dari segi saintifik,
delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan
untuk mengatasi kemandulan
==Kurma Hindar Gangguan Usus ==
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagaiPhoenix
dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana
ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin
menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis
bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang
dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa
kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini
bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air
dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan
untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak
menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk.
Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan
menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

==Pisang Merawat Kudis dan Luka ==
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum
yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti
kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang
merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk
membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang adalah antara buah-buahan tempatan
mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka,
darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat
dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk
mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

==Mangga Penawar Penyakit Hernia ==
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga
Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah
penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah
dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali
selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan
bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai
kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit
diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat .

==Nanas Penawar Penyakit Batu Karang ==
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos
berasal dari keluargaBromeliaceae
serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang
lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian
bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia
melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan,
pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting
bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan
untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi
dan mengandungi kandungam gula yang tinggi.
 
==Belimbing Merawat Kencing Manis ==
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar
ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam,
tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola
dan sekeluarga denganoxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.
Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga
dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau
radang gusi .


ok selamat membaca dah selamat beramal...
yeaahhh!!!
 terima kasih kerana membaca....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...