Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

i told you not to let it hit my CAR!!!! cara coach bahrain train goalkeeper...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

kalaulah rajagopal dan ong kim swee train apek macam nie... memang wow!!! lah...
hahaha
go malaysia go!!!

Thursday, December 1, 2011

video maklum balas dari shida tentang kontroversi dgn apex

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


Credit Kepada Rotikaya.com Untuk Video Maklum Balas Shida Harmi Tentang Kontroversi Khairul Fahmi
Kita tahu yang rotikaya.com ada buat satu gossip terbaru mengenai kontroversi yang melanda kepada Khairul Fahmi tempoh lalu. Untuk rujukkan korang boleh singgah di sini.
Apapun ada orang ketiga yang mendajjalkan mereka berdua sampaikan kontroversi Khairul Fahmi tak terhenti. Mungkin akan ada lagi kontroversi akan datang? Susah nak jangka apa sebabnya. Untuk kes ini pihak rotikaya telah pun berjumpa dengan Shida Harmi untuk bicara mengenai kes ini.
Siapa Dalangnya?
Dalam rujukan video yang dipaparkan, dalang di sebalik kejadian ini merupakan rakan kenalan mereka juga. Untuk rekod Shida Harmi tahu siapa yang melakukannya dan dia tidak akan mention nama “orang itu” di dalam video diatas.
Jangan risau lah si pelaku, nanti akan ada surat saman sampai rumah anda yea! Get ready okay… dan cari fulus banyak-banyak yeah untuk bayaq saman nanti….
“Screenshot” Si Pelaku Dengan Alasannya Dan Maklum Balas Shida Harmi Tentang Kontroversi Khairul Fahmi
Apa boleh buat, yang terbabit harus dikenakan juga tindakkan. Pihak keluarga Shida Harmi akan ambil tindakkan undang -undang sekiranya kes ini berlarutan.

tak perlulah nak berdendam sana sini.. hasrat dengki tu... asyik2 nak jatuhkan org aja... bila org melalyu nak naik macam ni!!
sumber : penulissenja.com

Tuesday, November 29, 2011

AWAS!!! jersy & logo yang ada salib dan meragukan...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Sekarang ni sedar tak sedarkita seakan2 menyokong ajaran kristian dan menyebarkanya..
sambil kita tidak tahu... setelah dilekakan dengan minat kita yang fanatik...
ada yang begi tahu.. "aku cuma sokong pasukan aje.. bkn nyer nak promote agama dia nie."
tapi sebanarnya dalam diam kita sedang mempromotkan dan mengagungkan lambang yang 
terpangpang  di baju dan loga didada kita...

antara jersi dan logo yang ada keraguan dan lambang salib 


terang-terang dah kita nampak kan...



salib yang berada di logo portugal



sama seperti portugal.. brasil mempunyai salib di logonya



logo liverpool menpunyai keraguan yang telah diterangkan dalam gambar diatas..




salib diatas mahkota.




salib yang berada di logo ac milan







di jersi england.. salib yang mengelitukan kita..


real madrid pun terdapat salib di mahkota dalam loganya...






lambang setan yang terdapat dalam logo united... berhati2





jersi malaysia pernah direka yang ada lambang salib... tapi telah tidak dikeluarkan...



pendek kata.. kalay nak sokong team febret kite semua... jadilah macam mat arab nie... 
tak semestinya pakai jersi diorang yang ada salib tu tanda anda penyokong team febret korang..
pakai jubah kaler siap ada numbor dah dapat menyatakan team febret korang sume... :)
hehe... berhati2 dalam memakai baju seharian... =$

Tuesday, November 22, 2011

Sekilas tentang bola sepak di sukan sea indon...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Nak update awal2 semalam xdapat... sibuk kerja.. tak perlu aku nak bg tahu ttg Malaysia adalah juara sukan sea acara bola sepak... TAHNIAH aku ucapkan..... MALAYSIA boleh....!!!!

Sebelum aku nak start mengarut dan merapu tak tentu hala... aku nak kongsikan info senarai pemenang pingat emas dari tahun 1969 hingga sekarang 2011 dalam bola sepak...


1959~VIETNAM SELATAN
1961~MALAYA
 1965~BURMA & THAILAN
1967~BURMA
1969~BURMA
1971~BURMA
1973~VIETNAM
1975~THAILAND
1977~MALAYSIA
1979~MALAYSIA
1981~THAILAND
1983~THAILAND
1985~THAILAND
1987~INDONESIA
1989~MALAYSIA
1991~INDONESIA
1993~THAILAND
1995~THAILAND
1997~THAILAND
1999~THAILAND
2001~THAILAND
2003~THAIIAND
 2005~THAILAND
 2007~THAILAND
 2009~MALAYSIA
 2011~MALAYSIA


sekarang aku nak mula mengarut atau kata lainnya... aku nak ckp merapu2... hehe

sampai ada yang kehilangan nyawa disebabkan oleh semangatfanatik ini..

1st aku nak cakap ttg penyokong fanatik indonesia nie...
semua seluruh dunia tahu... sukan adalah medan utk kita mengeratkan silaratulrahim antara semua manusia.. tapi lain pulak di indon nie..
bg pendapat aku... apa yang penyokong dia tahu DENDAM, TAK TAHU MENERIMA KEKALAHAN, CKP BESAR, KUAT PROVOKASI, belum apa2 dah anggap team dia dah juara..
lansung tak menunjukkan negara dia ada tamadun... apa yang dia tahu hanyalah keganasan,pemberotakan, menghina demi mencapai satu-satu cita-cita...
** bukan semua penyokong indonesia berkelakuan seperti tiada tamadun.tapi mempunyai semangat kesukanan yang tggi...


2nd .. dalam banyak pemain indonesia aku nak bg penghargaan pada BONAI sebab dia ada semangat kesukanan yang tinggi,walaupun kalah dia tetap memberi penghargaan kepada pemain malaysia secara individual melalui berjabat tangan dan mengucap tahniah...



3rd ... aku rasa setiap kali malaysia menentang indonesia di indon ibarat bermain ditengah-tengah
medan  peperangan .. sampai perlu menaiki kereta perisai.... hahaha... meman lawak betol...
ini memperlihatnya penyokong indon yang sangat takutkan kekalahan kepada malaysia dan sekali gus menyatakan malaysia adalah pasukan yang paling digeruni oleh penyokong indon di asia tenggara.... 


Agak kelakar jugak apabila sepasukan pemeriksa ujian dadah keatas pemain tiba-tiba muncul selepas sahaja malaysia berjaya menewaskan indonesia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat 1-1..tidak pernah dibuat orang dalam mana-mana pertandingan doping team tiba-tiba muncul macam tu.. Tapi yang best kena halau..hahaha..terimalah hakikat bahawa kami jaguh asia tenggara!..

Memang tak guna betul la pengurusan Sukan SEA Indonesia nie. Kenapa pulak nak jalani ujian Doping selepas habis perlawanan?? Mesti ada agenda jahat nak batalkan kemenangan Malaysia Semalam. Sudahlah Team Malaysia kena naik Barracuda setiap kali ada perlawanan di Indonesia

Apa motif mereka ini?? Arahan Siapa??

FAM sepatutnya bertindak tegas dengan Persatuan Bolasepak Indonesia dengan membuat aduan di AFC mahupun FIFA mengenai isu keselamatan ini dan konspirasi hendak membatalkan kemenangan Malaysia!!!

tidakah peminat indon tertanya apakah sebab skuad malaysia boleh begitu semangat dan kuat sedangkan dikerumuni hampir 100000 org dalam stadium bonkarno tu??
bg aku jawapan dia 1st dikuatkan dgn perasaan ejekkan dan hinaan penyokong indon.. kedua mempunyai motivasi yang tggi... ketiga mempunyai penyokong malaysia yang mengharmati pasukan lain dan mempunyai semangat kesukanan yang tggi..(pemain indon tak perlu naik kereta kebal untuk ke stadium ketika berada di malaysia..)




*** keseluruhan indonesia memang tak layak lagi untuk menganjurkan apa2 pertandingan.. pengurusan yg lemah,infrastruktur yang lemah,tahap kesukanan yang lemah... semua aspek tiada apa boleh dibanggakan...

heheh... apa pun tahniah pada pasukan malaysia... pemainan yang penuh mendebarkan... hampir 2jam lebih perlawanan berlansung... hingga kemengan terpaksa dilakukan ke babak penalti... SYABAS MALAYSIA!!!!

Sunday, September 11, 2011

Sukan.. KENALI RUGBY ITU APA..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Mengikut catatan, permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di sebuah sekolah di England. Permainan ini tercipta daripada perbuatan William Webb Ellis. Semasa bermain bola, tanpa diduga beliau telah menangkap bola lalu dibawa lari menuju ke gol. Melihatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan di kalangan mereka dalam usaha merebut bola itu. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawannya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu permainan baru. Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang mahu menerima perbuatan Ellis dan rakan-rakannya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.
Dalam pada itu, permulaan ragbi oleh Ellis pada tahun 1923 itu telah diterima dan dimainkan oleh penuntut-penuntut Rugby School. Mereka kemudiannya mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri. Akhirnya, asas undang-undang permainan ragbi itu diterima hingga ke hari ini. Disamping itu, terdapat pula sekolah-sekolah di England yang mencipta undang-undang sendiri dengan berasaskan undang-undang di sekolah ragbi itu. Dari sinilah, ragbi mula dikenali dan diminati ramai. Pada tahun 1839 di Universiti Cambridge, sekumpulan penuntutnya telah membentuk kelab ragbi yang merupakan kelab ragbi pertama di dunia.
bentuk bola rugby


Perlawanan peringkat antarabangsa pertama telah dadakan tahun 1871, iaitu England dan Scotland. Ia dimainkan oleh 20 orang sepasukan dalam dua tempoh selama 100 minit. Pada tahun 1870 penggunaan wisel oleh pengadil telah diperkenalkan. Lima tahun kemudian, dua orang penjaga garisan digunakan bagi membantu pengadil mengadili permainan. Bilangan pemain juga telah ditetapkan kepada 15 orang. Badan yang bertanggungjawab ke atas permainan rugbi ialah Kesatuan Rugby (Rugby Football Union) yang ditubuhkan pada tahun 1871.
Seterusnya, rugbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.
Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri. Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.
tarian haka semangat yang biasa dilakukan oleh kumpulan ALL BLACK
Di peringkat antarabangsa, negara New Zealand yang dikenali sebagai All Black menjadi pasukan yang digeruni dengan memiliki pemain seperti Jonah Somu. Negara lain seperti juara dunia Australia, Afrika Selatan. England dan Perancis juga merupakan kuasa terkuat dalam acara ragbi. Bagi negara Asia, Jepun merupakan negara yang handal namun tahap keupayaan masih jauh berbangding dengan negara Barat.



PEMAIN








Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.


Keselamatan
kecederaan adalah perkara biasa dlm sukan ini..
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti Helmet untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.
Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pakaian


Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...