Monday, December 12, 2011

Sistem Perlesenan Tenaga Pengajar Kemahiran

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
LATARBELAKANG

Kelayakan Kekompetenan Tenaga Pengajar kemahiran merupakan satu program baru yang diwujudkan dalam rancangan penstrukturan semula CIAST yang bertujuan memperakukan dan mengiktiraf tenaga pengajar kemahiran di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seiring dengan pengiktirafan kelayakan kekompetenan pekerja mahir industri. Pengiktirafan Kelayakan Kekompetenan tenaga pengajar adalah dengan mengaplikasikan sistem penggredan berdasarkan tahap kekompetenan dimana faktor utama yang diambil kira adalah berasaskan kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia. 
Kelayakan Kekompetenan yang dianugerahkan kepada tenaga pengajar adalah merupakan syarat kepada Sistem Pelesenan Tenaga Pengajar. Ini bermakna setiap tenaga pengajar di Pusat Bertauliah, Jabatan Pembangunan Kemahiran perlu memiliki Kelayakan Kekompetenan yang bertindak sebagai lesen untuk mengajar ataupun mengendalikan latihan kemahiran. 
Pihak Kementerian dan Jabatan telah bersetuju untuk memperkenalkan Sistem Pelesenan Tenaga Pengajar di mana setiap pengajar di Pusat Bertauliah JPK perlu memohon dan mendapatkan kelayakan kekompetenan. Memandangkan sistem ini baru diperkenalkan, maka Jabatan memberi tempoh peralihan selama satu (1) tahun untuk tenaga pengajar memohon dan mendapatkan lesen sebelum ianya dikuatkuasakan sepenuhnya. 

Bagi memantapkan pelaksanaan Sistem Jaminan Mutu di JPK, Jabatan telah juga memperkenalkan sistem pendaftaran sebagai Pakar Industri Negara (PIN) dan Kelayakan Kekompetenan (KK) Pekerja Mahir Negara yang merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja industri yang telah mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh tertentu untuk mewujudkan imej tersendiri sebagai trademark pekerja mahir negara.

IMPAK SISTEM PERLESENAN KEPADA TENAGA PENGAJAR KEMAHIRAN
• Melibatkan seluruh tenaga pengajar Institut Latihan Awam dan Swasta yang terlibat dengan Sistem Pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran yang meliputi 20 sektor industri. 
• Memantapkan serta menambahbaikan Sistem Jaminan Kualiti JPK yang melibatkan tiga elemen utama iaitu Pusat Bertauliah, Personel Penilaian dan Mekanisme Penilaian dan Pengesahan dimana Program Kelayakan Kekompetenan secara khususnya melibatkan elemen Personel Penilaian.
• Memperaku serta mengiktirafkan tenaga pengajar yang berkualiti, berpengetahuan luas serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, pengajar perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru 
secara optimum serta menggunakan daya cipta dan inovasi secara berkesan. 
• Mempertingkatkan martabat dan imej pengajar kemahiran di Malaysia serta dapat memantau serta mengawal tahap kualiti pengajar di Pusat-pusat Bertauliah seiring dengan kemajuan teknologi yang sentiasa berubah.
• Sebagai pemangkin untuk menggalakkan setiap pengajar meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran dari masa kesemasa.

TUJUAN
Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah untuk memastikan bahawa tenaga pengajar yang mengendalikan latihan kemahiran di pusat - pusat bertauliah awam dan swasta adalah merupakan tenaga pengajar yang benar - benar kompetenan. Ini bertujuan untuk mengelakkan keraguan pelanggan terhadap tahap ketrampilan yang dimiliki oleh tenaga pengajar tersebut. 
Dengan erti kata lain, kelayakan kekompetenan adalah untuk megiktiraf tenaga pengajar yang mempunyai kemahiran dan profesionalisme dalam bidang yang diceburi serta mempelesenkan tenaga pengajar ini mengikut kategori gred kelayakan kekompetenan, berdasarkan syarat – syarat yang telah ditetapkan. 
TAKRIF KELAYAKAN KEKOMPETENAN (KK)
Kelayakan Kekompetenan adalah merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pekerja industri dan tenaga pengajar yang telah mempunyai pengalaman kerja dalam tempoh tertentu untuk mewujudkan imej tersendiri sebagai Trademark pekerja mahir negara. 
Jabatan Pembangunan Kemahiran akan memperakukan dan mengiktirafkan tenaga pengajar kemahiran yang memiliki kelayakan kekompetenan di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta seiring dengan pengiktirafan kelayakan kekompetenan pekerja industri.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON KELAYAKAN KEKOMPETENAN TENAGA PENGAJAR?

Semua pegawai penilai di Pusat Bertauliah Awam dan Swasta adalah layak dan perlu memohon untuk mendapatkan Kelayakan Kekompetenan mengikut gred kelayakan.

Kelayakan Kekompetenan Tenaga Pengajar Kemahiran
Gred 1 1. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun;
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah(belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya SKM 2; 
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK;
ATAU 
Memperolehi sekurang-kurangnya Diploma Kecemerlangan dalam pertandingan 
MySkills / PKM / ASC / WSC
ATAU 
Mempunyai sekurang – kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja di industri; 
perlu mengemukakan bukti – bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh 
majikan seperti senarai tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU
Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 
Gred 2 1. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun;
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah (belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya SKM 3;
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK;
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya Gangsa (Bronze) dalam pertandingan MySkills
/PKM atau Diploma Kecemerlangan dalam ASC/WSC

ATAU
Mempunyai sekurang – kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja di industri; perlu 
mengemukakan bukti – bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh majikan seperti
senarai tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU
Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 
Gred 3 1. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun; 
2. Memiliki Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Pengajar (SPPKP) yang sah (belum luput tempoh); 
3. Memiliki sekurang – kurangnya DKM;
4. Memiliki sekurang – kurangnya satu (1) tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan; 
DAN
5. Mendapat pengiktirafan daripada badan – badan professional yang diiktiraf oleh JPK; 

ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya Perak (Silver) dalam Pertandingan MySkills /

PKM atau Diploma Kecemerlangan dalam ASC/WSC
ATAU
Mempunyai sekurang – kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di industri; perlu
mengemukakan– bukti pengalaman kerja yang telah disahkan oleh majikan seperti senarai
tugas, buku log ataupun job sheet. 
ATAU 

Lulus ujian penilaian yang telah ditetapkan oleh JPK. 

PERMOHONAN LESEN TENAGA PENGAJAR (KELAYAKAN KEKOMPETENAN) 

Tenaga Pengajar Kemahiran di Pusat Bertauliah adalah dikehendaki untuk memohon Lesen Tenaga Pengajar. Segala urusan untuk memperolehi lesen tersebut adalah diproses dan diuruskan oleh Program Kelayakan Kekompetenan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan maklumat berkaitan boleh dirujuk di laman web ciast: http://www.ciast.gov.my. 

PENGELUARAN LESEN TENAGA PENGAJAR 

Lesen akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada pengajar yang layak dalam bentuk kad Myskills (wallet card) 




Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Program Kelayakan Kekompetenan,
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia
Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19, 
40900 Shah Alam
Selangor 


Tel : 603 - 5543 8200 
Fax : 603 - 55411508
Email : info@ciast.gov.my
Website : www.ciast.gov.my


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...