MUNGKIN inilah rupa sebenar Myvi Extreme 1.5.
Jika Myvi baru menggunakan tagline ‘Lagi Best’, kereta terbaru ini pula menggunakan tagline ‘Lagi Power, Lagi Best’.
Lagi Power mungkin merujuk kepada kapasiti enjinnya yang dipertingkatkan kepada tahap 1.5 liter.
Sangat bergaya dan sangat Extreme.
Kemungkinan model ini akan terus mendominasi pasaran auto negara kita.
Ia sangat lebih menarik berbanding dari model asal mahupun keluaran Daihatsu di Jepun.
Rekaan hadapan yang kita lihat lebih radikal dan garang dengan gabungan warna kuning eksklusif dan hitam berbanding gambar terdahulu yang diambil dalam kilang.
Dijangka model ini akan ke pasaran tempatan pada bulan ini dan harganya dijangka lebih kurang RM60,000.
0 comments:
Post a Comment