Thursday, November 24, 2011

al-kisah si AIM buruk siku.tarik balik kemenangan lagu PENAKUT yuna

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA



OOOhhhhhhhh!!!!!!!!!!!! AIM si anugerah industri muzik... kenapa lah engkau buruk siku sangat??? mak bapak kau tak ajar ka??? dah la bukan calang anugerah kau tarik balik... LAGU TERBAIK tu... bkn salah bersikap adil.. tapi agak2 lah... bt malu artis aje.. dah la masuk news sana sini menang last2 sampai info kne tarik balik sebab salah cetak ke ape entah.. tak profosional betol.. bongokk aje!!!  kesian kat yuna.... 

artikel dibawah menyatakannya....

Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi penyanyi Yuna Zarai atau Yuna pada Anugerah Industri Muzik 2011 yang berlangsung 12 November lalu ditarik balik oleh pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia semalam.
Kemenangan itu telah dipindahkan kepada Anuar Zain untuk lagu Sedetik.
Yuna sendiri mengesahkan perkara itu melalui Twitter milik beliau ketika ditanya peminat.
Alasan yang diberikan ialah kerana berlaku kesilapan dari pihak penganjur.  Bagaimanapun Mynewshub.my belum mendapat maklumat yang menghuraikan apakah kesilapan yang dimaksudkan itu.
Laporan media sebelum ini menyebut ada dakwaan kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandinginya.
Lazimnya Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM-18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

yuna-AIM
yuna-AIM














Beberapa blog peminat Yuna juga telah menyiarkan berita berkenaan.
Pada AIM 2011 itu, Yuna turut memenangi kategori Vokal Wanita Terbaik dan Anugerah Kembara.
Lagu Penakut sebenarnya telah dijangkakan akan menjadi isu sejak ia diumumkan lagi.
Apa pun, keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM.
Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya.


kalau dah salah bg tue.. senyap2 aje lah... bkn salah org len.. salah engkau sendiri lakukan... dah la malukan org len... menyampah betul aku...   kalau aku lah jadi yuna, lama dah aku kasi saman AIM nie... tapi dia bagus.. cool aje... ape la nak jadi dengan ANUGERAH BURUK SIKU nie.. hahah... 

baik kasi buat baru semula anugerah tu... takde la nak tarik balik anugerah dah bg kat org lain... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...