Friday, September 9, 2011

Faizal tahir bersedia hilang peminant..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA





KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2011: Penyanyi Faizal Tahir berani mengambil risiko terhadap penghasilan idea baru untuk album studio terbarunya walaupun dia sudah dapat menjangkakan bahawa dia bakal kehilangan peminatnya dengan tindakannya itu.
Begitupun, Faizal Tahir atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 33, dapat merasakan kemungkinan besar dia akan menerima peminat-peminat baru yang suka akan muzik terbaru yang dibawakannya nanti.
"Sukar untuk saya katakan bagaimana kelainannya. Genre pun saya tak dapat nak beritahu disini kerana muziknya sangat fresh dan baru tiada meniru mana-mana konsep sekalipun.
"Apa yang saya rasa dia pasti akan mengejutkan ramai pihak termasuk follower muzik saya kerana ia sangat berbeza daripada konsep yang saya bawakan sebelum ini. Directionnya juga lebih move forward.
"Apa yang saya buat ini bukan untuk mengecewakan peminat-peminat saya tapi hanya mahu mencuba sesuatu yang baru dan nak lari dari kebiasaannya," jelasnya kepada murai.com.my
Bukan niat mahu mengetepikan peminatnya tetapi menurut Faizal Tahir, dia berbuat demikian kerana tidak mahu terus berada dalam zon selesa dan mahu mengikut arus permodenan muzik semasa serta kematangan usianya.
"Saya harap peminat-peminat saya sekarang fahamlah dan berfikiran terbuka dengan perubahan itu. Lagipun bile usia meningkat ni saya mahu muzik yang matang dan boleh jadi evolusi dalam diri saya
"Walaupun saya dah jumpa formula kejayaan saya selama ini, tetapi apa salahnya saya mengmabil risiko untuk keluar dari comfort zone saya," tambahnya lagi.
Bercakap mengenai album barunya, Faizal memberitahu dia kini dalam proses menghasilkan dua album serentak iaitu satu album yang mendapat sentuhan komposer Audi Mok dan sebuah lagi dari Omar K.
"Pembikinan dua album ini masih diperingkat awal sebenarnya. Agak slow juga kerana saya tak mahu begitu rushing. Setakat ini semua material hamper siap, Cuma saya tidak merakamkan mana-mana lagu pun lagi.
"Tetapi dijangkakan pada akhir tahun ini saya akan keluar dengan dua single iaitu sebuah single dari album yang mendapat sentuhan Audi Mok dan satu lagi dari Omar K," katanya ketika ditemui selepas sidang media Suara Kami di Zouk KL, petang semalam.
Faizal bakal membuat persembahan dalam konsert Suara Kami di Stadium Merdeka pada 17 Spetember ini dengan sebuah lagu sahaja. Selain Faizal Tahir, artis lain yang turut terlibat adalah Yuna, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit serta beberapa artis antarabangsa iaitu kumpulan K Pop, Rania, Naresh Iyer (penyanyi India) dan Chinmayi ( penyanyi Hong Kong).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...