Tuesday, November 29, 2011

KERETA ATAU RUMAH??? ASET MANA YANG AKAN ANDA PILIH??

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

RUMAH ATAU KERETA??





Ramai diantara kita mengalami masalah dalam memilih aset utk masa depan....
tidak kira yang telah berkahwin atau bujang... 

Kereta
sedar atau tidak... mejoriti dari kita menyimpan cita2 utk berkereta mewah kalau tidakpun 
berkereta kancil  sudah cukup dari memikirkan tetang aset yang lebih bernilai... 
iaitu rumah dan hartanah....

bagi mereka yang belum berkahwin
kereta adalah satu keperluan yang utama dari rumah atau hartanah...
ini disebabkan kereta lebih menunjukkan kemewahan dan gaya melebihi kepentingan kereta dalam kehidupan seharian mereka dan nilai pelaburan yg mrk perlu dilaburkan...

pasti mereka ini memikirkan tentang status semasa yang akan dilihat oleh org sekeliling
termasuk teman wanita,rakan2 dan ahli keluarga teman wanita..

tapi sedarlah bahawa membeli kereta dahulu tanpa perkiraan yg btul dengan pendapatan anda 
adalah pelaburan yang slah.
ini kerana kereta sentiasa bertambah dan semakin banyak kereta terpakai...

antara kelemahan membeli kerata dahulu:-

1-maintenance kereta
2-minyak
3-kos emrgncy(excident,kecurian,tayar pecah dan lain2)
4- harga kereta setiap tahun  semakin menurun
5-aset cair/lebur




Rumah atau Hartanah

bagi rumah atau hartanah... pasti ia lebih bernilai utk masa panjang... kerana akan 
sentiasa naik..
hanya mereka yang bijak membuat pilihan  akan memilih pelaburan ini
sebab ini akan menjamin masa depan yang lebih kukuh...
dengan harga yang sentiasa meningkat naik berbanding kereta...


sebagai contoh, 25 thun lalu harga tanah dRM3 sekaki persegi dan pada masa sekarang boleh dijual pada RM50 -RM70 sekaki persegi disesetengah tempat..
sama juga seperti rumah... nilainya akan berganda mengikut tahun...

tapi ramai yang belum berkahwin tidak akan memikirkan perkara ini sebab tanah atau rumah
difikirkan terlalu MAHAL... dan ia bukan keperluan sebelum berumahtangga....

kelebihan:-
1- harga selalu meningkat
2-maintenance kurang
3-boleh dikatakan aset beku
4-keuntungan utk masa panjang

_____________++++++++______________


tidak salah membeli yang mana dahulu...
ini kerana  ianya HAK ANDA utk menentukan,...

bagi aku, aku kan beli rumah sebelum berumahtangga,
rumah adalah yang terpenting bagi aku utk menjalani kehidupan berumahtangga...
daripada kereta...
tapi antara kereta dan rumah mempunya kelebihan masih2 dan keperluan yang tinggi bg pemilihnya..

pepatah yang aku reka....

BIJAK MEMILIH SEKARANG, SENANG  MASA DEPAN.




selamat memilih....

HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA,, HARAM ATAU TIDAK???

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. 
(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?

Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah

Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah

WALLAHUA'LAM
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 2/03/2010 12:59:00 PM 
Label: FEQAH

AWAS!!! jersy & logo yang ada salib dan meragukan...

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA
Sekarang ni sedar tak sedarkita seakan2 menyokong ajaran kristian dan menyebarkanya..
sambil kita tidak tahu... setelah dilekakan dengan minat kita yang fanatik...
ada yang begi tahu.. "aku cuma sokong pasukan aje.. bkn nyer nak promote agama dia nie."
tapi sebanarnya dalam diam kita sedang mempromotkan dan mengagungkan lambang yang 
terpangpang  di baju dan loga didada kita...

antara jersi dan logo yang ada keraguan dan lambang salib 


terang-terang dah kita nampak kan...



salib yang berada di logo portugal



sama seperti portugal.. brasil mempunyai salib di logonya



logo liverpool menpunyai keraguan yang telah diterangkan dalam gambar diatas..




salib diatas mahkota.




salib yang berada di logo ac milan







di jersi england.. salib yang mengelitukan kita..


real madrid pun terdapat salib di mahkota dalam loganya...






lambang setan yang terdapat dalam logo united... berhati2





jersi malaysia pernah direka yang ada lambang salib... tapi telah tidak dikeluarkan...



pendek kata.. kalay nak sokong team febret kite semua... jadilah macam mat arab nie... 
tak semestinya pakai jersi diorang yang ada salib tu tanda anda penyokong team febret korang..
pakai jubah kaler siap ada numbor dah dapat menyatakan team febret korang sume... :)
hehe... berhati2 dalam memakai baju seharian... =$

Sunday, November 27, 2011

Tarikh peting dalam kalendar islam..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

TARIKH HIJRI TARIKH MILADI
HARI PERAYAAN /
KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1433 5 Feb 2012 Maulidur Rasul

27 Rejab 1433 17 Jun 2012 Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1433 21 Julai 2012 Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1433 6 Ogos 2012 Nuzul Al-Quran

* 1 Syawal 1433 19 Ogos 2012 Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1433 17 Oktober 2012 Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1433 26 Oktober 2012 Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1434 15 November 2012 Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

** sempena tahun baru islam :)

Saturday, November 26, 2011

toturial: icon pada entri

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

teringin nak letak icon smile?? sedey?? atau apa saja?? ikuti langkah dibawah ini :)

mungkin icon dibawah tak banyak.. tapi sekurang2nya dapat la kitew sume tampilkan memek muka kita... :D :$

3 langkah mudah pasang icon smile di blogger :

1. Masuk ke template > edit HTML Expand Widget Templates dan cari kode dibawah ini:

]]></b:skin>

2. Jika sudah jumpa copy code javascript di bawah, dan letakan dibawah kode ini ]]></b:skin>

<script src='http://louislim2.googlepages.com/addSmiley.js ' type='text/javascript'/>
3. Simpan dan lihat hasilnya.

Icon smile ini akan tampil secara otomatik pada blog kita setiap kali kita taip standar kode dari icon tersebut.

Standar kode smile yang bisa digunakan :

:) or :-) 
:D or :-D 
:$ or :-$ 
:( or :-( 
:p or :-p 
;) or ;-) 
:k or :-k 
:@ or :-@ 
:# or :-# 
:x or :-x 
:o or :-o 

EDISI Promo blog besfren aku...huhu

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

EDISI KHAS TV3.. hehe,,,
*** iklan ini tidak berbayar .. ikhsan dari  urusan blogegaraizat 
:D 

nama tuan empunya blog azwan.. nak kenal lebih lanjut.. visit blog dia ni.. 
ok...

sape-sape yang minat DOwnload2 movi ata sofware ke... 
usha2 la kat blog dia nie.. ok..

dia nie mat jiwang... so layan lah.. heheh...
gudluck...

p/s.. aku junior dalam blogger nie.. sahabat aku nie senior dlm blogger aku... :$

New leyout for my blog and blog URL..

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


 Fuueewwwww!!!! berpeluh aku.. duk ubahsuai blog nie..  al maklum lah.. aku tak la pro sgt..
hampir nak sembelit aku dibuatnya... duk tukar  leyout baru..... URL pun da tukar daa...



mgkin selepas ini entri2 yang telah aku post mempunyai sedikit kesulitan... error atau "this blog has be remove" ke... mintak2 la bukan semua...  aku akan cuba perbetulkan semua kesulitan tu... susah betul...

superaifaa.blogspot.com   telah tiada...



ape2 pun.. macam mana leyout baru??
 ok ke??

atau makin serabut??

mengarut??

entah apa2??

tapi ape aku harap.. blog aku nice je kot... simple...


SEBAB-SEBAB kenapa aku tukar leyout dan URL aku:-

1- email aku yang lama dah kena hack LOL...
2- nuffnang akaun tak dapat tukar email... (abis melayang duit aku kumpul kat dalam tu) sob sob
3-URL lama tu macam tak sesuai je ngan blog aku nie.. hehehe..
4- aku suka sesuatu yang sentiasa diperbaharui
5-suka menyusahkan diri sendiri..
6- mmg takde kerja...


kesulitan/kerugian yang akan berlaku..

1-hilang duit yang aku kumpul dalam akaun nuffnang tu!!!
2-link aku post kat fB dan fanpage kat fB xleh pakai dah sebab URL baru
3-function "You might also like:"  akan mengalami kesulitan lah....


ape yang baru dan yang diubah dalam leyout baru nie???
1-shoutmix atau tempat chat kat tepi nie aku dah tukar baru... update ckit...
2-follower,fB,sume dah ade kat belah kanan....
3- tengok sendiri la pulak... takkan aku semua nak bg tau kot!! hehehe

ok... selamat membace neh kat blog hambe nie... yg serba kekurangan... (mod: tgok blog org len maju jer... sedey pulak) apepun... aku ada blog jugak!! kau ada?? hehehe... mesti ada kan..

ok... aku Chow dulu..


mahasiswa 21 tahun keatas dibolehkan menjadi ahli politik.

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, hasrat meminda Seksyen 15 akta itu bagi membenarkan pelajar universiti berumur 21 dan ke atas menggunakan hak perlembagaan mereka untuk bebas bersuara dan membentuk persatuan amat dialu-alukan.
“Hak-hak ini dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perkara 19-21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
“Kesedaran hak sivil dan politik di kalangan generasi muda perlu dilihat secara positif dan disokong sepenuhnya kerana pelajar universiti merupakan pemimpin masa depan negara,” katanya melalui satu kenyataan.
Pada 24 November lalu media melaporkan kerajaan akan meminda Seksyen 15 akta tersebut bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.
Jelas Najib, kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) maka kerajaan akan meminda Seksyen 15 AUKU.
Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Hasmy berkata, pendidikan formal dan latihan yang diterima di universiti hendaklah ditambah dan dilengkapkan dengan pengalaman dan pengajaran yang boleh diperolehi di luar kampus bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya.
Menurut beliau, sekatan yang tidak munasabah terhadap hak asasi mereka untuk menyuarakan pendapat tidak sepatutnya dikenakan dan Suhakam menyambut baik komitmen Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak untuk mengubah negara menjadi sebuah negara yang moden dan progresif.
Jelas beliau, langkah itu perlu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam membawa negara ke satu tahap di atas dari segi ekonomi dan politik.
Dalam pada itu, katanya, Suhakam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang telah mengisytiharkan seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak mengikut perlembagaan atas dasar ia melanggar kebebasan bersuara.
Justeru, katanya, Suhakam menyeru Kerajaan menimbang semula hasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan meneruskan usaha untuk mendukung dan melindungi hak rakyat.

info dari mynewshub

Thursday, November 24, 2011

al-kisah si AIM buruk siku.tarik balik kemenangan lagu PENAKUT yuna

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA



OOOhhhhhhhh!!!!!!!!!!!! AIM si anugerah industri muzik... kenapa lah engkau buruk siku sangat??? mak bapak kau tak ajar ka??? dah la bukan calang anugerah kau tarik balik... LAGU TERBAIK tu... bkn salah bersikap adil.. tapi agak2 lah... bt malu artis aje.. dah la masuk news sana sini menang last2 sampai info kne tarik balik sebab salah cetak ke ape entah.. tak profosional betol.. bongokk aje!!!  kesian kat yuna.... 

artikel dibawah menyatakannya....

Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi penyanyi Yuna Zarai atau Yuna pada Anugerah Industri Muzik 2011 yang berlangsung 12 November lalu ditarik balik oleh pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia semalam.
Kemenangan itu telah dipindahkan kepada Anuar Zain untuk lagu Sedetik.
Yuna sendiri mengesahkan perkara itu melalui Twitter milik beliau ketika ditanya peminat.
Alasan yang diberikan ialah kerana berlaku kesilapan dari pihak penganjur.  Bagaimanapun Mynewshub.my belum mendapat maklumat yang menghuraikan apakah kesilapan yang dimaksudkan itu.
Laporan media sebelum ini menyebut ada dakwaan kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM-18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandinginya.
Lazimnya Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.
Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM-18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

yuna-AIM
yuna-AIM














Beberapa blog peminat Yuna juga telah menyiarkan berita berkenaan.
Pada AIM 2011 itu, Yuna turut memenangi kategori Vokal Wanita Terbaik dan Anugerah Kembara.
Lagu Penakut sebenarnya telah dijangkakan akan menjadi isu sejak ia diumumkan lagi.
Apa pun, keputusan untuk menarik balik kemenangan ini menunjukkan ada beberapa kelemahan yang perlu segera diperbaiki AIM.
Agak memalukan untuk keputusan ditarik balik buat satu anugerah yang tinggi prestijnya.


kalau dah salah bg tue.. senyap2 aje lah... bkn salah org len.. salah engkau sendiri lakukan... dah la malukan org len... menyampah betul aku...   kalau aku lah jadi yuna, lama dah aku kasi saman AIM nie... tapi dia bagus.. cool aje... ape la nak jadi dengan ANUGERAH BURUK SIKU nie.. hahah... 

baik kasi buat baru semula anugerah tu... takde la nak tarik balik anugerah dah bg kat org lain... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...