Wednesday, November 9, 2011

FAEDAH DERMA DARAH DALAM ISLAM..(DARI LAMAN MUFTI-MUFTI NEGARA)

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


Menderma Darah:
Badan Sihat, Pahala Dapat
(Bilangan Akhir)


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ganjaran Dan Faedah Menderma Darah
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa hukum menderma
darah itu adalah harus. Bahkan menderma darah merupakan salah
satu perbuatan yang berkebajikan dan sangat bermanfaat kerana
terselindung di sebaliknya konsep tolong-menolong sesama
saudara Islam. Menderma darah juga suatu amalan yang mulia
kerana seseorang yang menderma darah itu tidak mengharapkan
sebarang balasan, khususnya daripada segi kewangan ataupun
material. Sekalipun hanya sebagai derma ataupun sumbangan
sahaja, namun janganlah ia dipandang sebagai sesuatu yang sama
sekali tiada mendatangkan keuntungan.
Seseorang yang menderma darah pasti akan menikmati kepuasan
hati kerana telah menyelamatkan nyawa lain dengan darah yang
telah didermakannya. Perlu juga diketahui bahawa setiap satu
pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh
menyelamatkan sehingga tiga nyawa.
Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan
sebagaimana yang telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya
seperti berikut:
i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan
menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup
yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu
merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan
seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana
selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan
berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh
untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi
menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan
pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama
di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat
besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan
risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga.
Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok
yang kerap atau berulang-kali menderma darah.
Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, 
marikita perhatikan ganjaran dan 
balasan duniawi dan ukhrawi yang
lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma darah
berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dalil mengenai ganjaran atau balasan 
daripada menderma darah ini
diambil secara umum daripada sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar
Radhiallahu ‘anhuma:



Maksudnya: “Seorang muslim itu adalah saudara seorang
muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti
saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong)
hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong)
hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan
seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu
kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan
barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari
Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud
melepaskan kesusahan orang Islam yang berhajat kepada
penambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu
mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan
berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits
di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup
keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia
atau di akhirat kelak.
Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan menerima darah itu
adalah harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada
kedua-dua pihak, sama ada yang menderma atau yang menerima,
dengan mengambil kira nasihat daripada pakar perubatan bahawa
hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk
menyembuhkan atau menyelamatkan nyawa pesakit.
Ganjaran dan balasan yang dijanjikan di dunia dan di akhirat,
seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, sewajarnya membuka hati mana-mana individu
agar giat menyumbang atau menderma darah bagi kepentingan
individu yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...