Saturday, November 26, 2011

mahasiswa 21 tahun keatas dibolehkan menjadi ahli politik.

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, hasrat meminda Seksyen 15 akta itu bagi membenarkan pelajar universiti berumur 21 dan ke atas menggunakan hak perlembagaan mereka untuk bebas bersuara dan membentuk persatuan amat dialu-alukan.
“Hak-hak ini dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perkara 19-21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
“Kesedaran hak sivil dan politik di kalangan generasi muda perlu dilihat secara positif dan disokong sepenuhnya kerana pelajar universiti merupakan pemimpin masa depan negara,” katanya melalui satu kenyataan.
Pada 24 November lalu media melaporkan kerajaan akan meminda Seksyen 15 akta tersebut bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.
Jelas Najib, kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) maka kerajaan akan meminda Seksyen 15 AUKU.
Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Hasmy berkata, pendidikan formal dan latihan yang diterima di universiti hendaklah ditambah dan dilengkapkan dengan pengalaman dan pengajaran yang boleh diperolehi di luar kampus bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya.
Menurut beliau, sekatan yang tidak munasabah terhadap hak asasi mereka untuk menyuarakan pendapat tidak sepatutnya dikenakan dan Suhakam menyambut baik komitmen Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak untuk mengubah negara menjadi sebuah negara yang moden dan progresif.
Jelas beliau, langkah itu perlu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam membawa negara ke satu tahap di atas dari segi ekonomi dan politik.
Dalam pada itu, katanya, Suhakam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang telah mengisytiharkan seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak mengikut perlembagaan atas dasar ia melanggar kebebasan bersuara.
Justeru, katanya, Suhakam menyeru Kerajaan menimbang semula hasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan meneruskan usaha untuk mendukung dan melindungi hak rakyat.

info dari mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...