Thursday, November 10, 2011

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah

Ini MaNA bLoGeGar AizAt == sElaMat MemBacA

Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah
Bila bercakap mengenai menderma darah, pasti pelbagai perkara negatif akan mula bermain diminda masyarakat kita. Tidak kira siapapun, sama ada golongan profesional, mahupun golongan mana sekalipun pasti akan ada pelbagai tanggapan tersendiri mengenai “derma darah” ini.
Antara Pandangan Negatif atau Dianggap Kesan Negatif Menderma Darah
1. Badan akan menjadi semakin gemuk dimana berat badan anda akan bertambah.
2. Berkemungkinan mendapat atau menghidap penyakit berjangkit seperti HIV dan sebagainya.
3. Badan akan mudah mendapat penyakit
4. Tidak bagus dari segi atau pandangan agama.




Jika ditanya pula kenapa ramai diantara kita yang tidak mahu menderma darah pula pasti akan ada yang menjawab “saya takut jarum!” Aduh, satu alasan yang sangat biasa didengar walaupun boleh dianggap satu alasan yang lemah. Kenapa sanggup kita berikan alasan sebegitu rupa? Adakah kita benar-benar takutkan jarum hingga menolak untuk membantu mereka yang memerlukan?
Cuba anda fikirkan, jika satu ketika sampai giliran kita mahupun ahli keluarga kita yang memerlukan bekalan darah secara emergency namun begitu tiada siapa mahu mendermakan darah? Adakah anda sanggup menerima hakikat bahawa tiada siapa yang menderma darah dan dapat menyelamatkan keluarga anda? Jika difikirkan sekarang, pasti akan berpusu-pusu orang ramai pergi mendermakan darah kerana mereka tahu satu hari nanti mereka juga akan memerlukannya.
Pernah suatu ketika anda seorang lelaki yang menggunakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menderma darah, namun begitu pada suatu hari segalanya berubah.
“Adik nak derma darah ke adik?”… Kata seorang doktor..
Eh, tak adalah kak, saya mari temankan kawan saya jer…” Balas lelaki ini..
” O..kalau macam tu, marilah dik, dermakan darah..Banyak pahalanya dik…” kata doktor itu lemah lembut..
Tak apalah kak, dah ramai yang derma ni… Lagipun saya takut jarum”..
“La, tak sakitlah adik… Sikit jer ni”..
“Kak, saya kata tak nak tu maknanya taknaklah… Akak tak faham ke, derma darah kan bukan wajib… Saya tak nak, so janganlah paksa… Buat apa nak derma, darah saya sendiri pun tak cukup ni!”… Kata lelaki ini dengan kasarnya..
Doktor itu hanya tersenyum….” adik… jangan cakap macam itu… Kalaulah kata-kata adik tadi makbul, sampai masa darah adik betul-betul tak cukup”…
Kemudian doktor itu terus berlalu pergi….
Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Selain itu, ada satu artikel dari Berita Harian Online yang sangat menarik untuk dibaca mengenai Derma Darah ini. Dalam artikel ini ada menceritakan “mitos” derma darah dan penyangkalannya secara ilmiah.
BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.
Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.
Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.
“Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.
“Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah,” katanya.
Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.
Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.
“Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja,” katanya.
Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.
Keratan Akhbar Bernama
Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.
Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.
“Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari,” katanya.
PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.
PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.
“Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah,” katanya.
Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.
“Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.
Bukan punca gemuk
“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...